awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi ulang-alik beri makan kucing, warga emas maut kemalangan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/10/2022
10:22 MYT
Tragedi ulang-alik beri makan kucing, warga emas maut kemalangan
Abd Rahim Hussin, 74, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain. - Gambar/ PDRM
ALOR GAJAH: Seorang warga emas maut dalam kemalangan selepas pulang ke rumah untuk memberi kucing dan ayamnya makan di persimpangan lampu isyarat Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Abd Rahim Hussin, 74, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, dalam nahas itu, seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Farul Rizuan Zulkiply, 32, turut maut.
“Hasil siasatan mendapati, warga emas itu dari arah Alor Gajah dipercayai telah membuat pusingan-U di lampu isyarat Simpang Ampat untuk berpatah balik ke Alor Gajah.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Muhammad Farul meneruskan perjalanan semasa lampu isyarat hijau lalu melanggar warga emas berkenaan yang membuat pusingan-U," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.
Tambah Arshad, warga emas itu bersama isterinya tinggal di rumah anak mereka di Alor Gajah disebabkan keadaan kesihatan isterinya.
“Untuk sementara waktu, warga emas ini duduk dengan anaknya kerana menjaga isterinya yang sakit.
“Rutin harian biasanya dia akan balik ke rumahnya di Taman Naning untuk beri makan kucing dan ayam," katanya.
Dalam pada itu, katanya saksi kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kemalangan maut
#beri makan kucing
#simpang ampat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan