Tanpa uniform dan peralatan sekolah, pelajar yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini tetap menghadiri penggal baharu persekolahan yang bermula hari ini.
Walaupun perasaan mereka masih tergugat dengan bencana banjir atau "tragedi bah kuning" yang melanda hingga ramai yang hilang tempat berlindung, mereka tetap ceria melangkah ke sekolah masing-masing.
Tinjauan di sekitar Kampung Laut, Tumpat mendapati sebahagian besar pelajar hadir tanpa berpakaian seragam sekolah, namun raut wajah mereka nampak jelas gembira untuk kembali menduduki kelas setelah cuti sejak November tahun lepas.
Di Sekolah Kebangsaan Kampung Laut di sini, hampir 70 peratus daripada 640 pelajarnya hadir ke sekolah dengan memakai pakaian biasa setelah rumah mereka ditenggelami banjir buruk itu.
Guru Besarnya, Roslan Mohamad ketika ditemui nyata gembira kerana tragedi banjir sedikitpun tidak melemahkan semangat pelajar sekolah itu untuk hadir hari ini dengan kehadiran 100 peratus direkodkan.
"Kita benarkan mereka untuk hadir dengan pakaian biasa kerana kita faham keadaan mereka dan keluarga yang masih lagi dalam proses membersihkan rumah setelah hilang segala-galanya dalam banjir," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu.
Roslan berkata pelajar yang dilanda musibah itu juga akan diberikan kaunseling oleh guru untuk terus hadir ke sekolah.
Di KUALA KRAI, keadaan serba kekurangan tidak mematahkan semangat kira-kira 200 murid Sekolah Kebangsaan Manek Urai untuk memulakan hari pertama persekolahan mereka.
Dengan berseluar trek, berbaju T, berselipar jepun, tanpa buku mahupun beg galas, mereka mula tiba ke sekolah pada pukul 7.20 pagi dengan dihantar ibu bapa walaupun jalan ke sekolah masih lagi berlumpur.
Pengurusan sekolah turut mengadakan perhimpunan pada pukul 8 pagi dan menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan serta turut membaca doa selamat memohon keselamatan pada hari pertama sekolah itu mula dibuka.
Walaupun sekolah itu masih tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana belum mempunyai peralatan lengkap, beberapa ibu bapa turut hadir bagi mendaftar persekolahan anak-anak mereka secara manual.
Muhammad Qafari Aminarosnawi, 11, dari Kampung Manek Urai Lama berkata walaupun tiada pakaian seragam lengkap namun ia tidak menjadi masalah buat dirinya untuk memulakan sesi persekolahan hari ini.
"Saya ke sekolah hari ini nak jumpa balik kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, juga nak jumpa guru-guru sebab baru ni cuti panjang," katanya yang turut melahirkan rasa sedih melihat sekolahnya yang masih dalam keadaan berlumpur dan mengenangkan pakaian dan peralatan sekolah yang telah dihanyutkan banjir.
Anak ketiga daripada empat itu yang kini merupakan pelajar tahun lima adalah antara mangsa lebih 500 mangsa banjir yang terperangkap di tingkat tiga sekolah berkenaan yang dijadikan pusat pemindahan banjir pada bulan lepas.
Sementara itu, guru besar sekolah tersebut Yusof Ismail berkata pihaknya telah menerima sebanyak 500 buah kerusi dan meja plastik sebagai bantuan awal daripada Jabatan Pendidikan Kelantan, semalam.
"Sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan dengan menggunakan peralatan yang sedia ada".
Yusof berkata sekolah berkenaan mempunyai lebih 400 murid namun berbangga dengan kehadiran hari ini memandangkan ramai yang masih trauma dengan bencana tersebut.
Bernama
Sun Jan 11 2015
Tinjauan di sekitar Kampung Laut, Tumpat mendapati sebahagian besar pelajar hadir tanpa berpakaian seragam sekolah. - Foto Bernama
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkoban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.