KUALA LUMPUR :Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyambut baik keputusan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan membenarkan perjalanan antara 'zon hijau' dalam usaha membantu industri pelancongan ketika berdepan pandemik COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sekiranya diluluskan, langkah itu akan memberi kelegaan kepada pemain industri yang kini semakin tertekan dengan situasi semasa.
“Sebelum ini kita dengar sahaja tapi kalau kita tak lakukan apa-apa, di mana lagi pemain industri pelancongan nak pergi dan minta bantuan.
“Kita perlu berfikir di luar kotak untuk mereka. Pertama sekali membenarkan travel bubble di zon hijau ke zon hijau di seluruh negara... tapi zon merah, perlu diperketatkan. Jangan benarkan mereka keluar.
“Untuk zon hijau, untuk mana-mana tempat dibenarkan. Itu satu keputusan besar untuk kerajaan dalam benarkan hotel dibuka, industri berkaitan juga dibuka,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Tambah beliau, pihaknya juga sudah bersedia untuk melaksanakan gelembung perjalanan melibatkan negara lain.
Begitupun, katanya keputusan itu bukan di bawah bidang kuasa mereka dan pembukaan sempadan tidak hanya tertumpu kepada pelancongan tetapi elemen lain termasuk keselamatan rakyat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengkaji kemungkinan membenarkan perjalanan rentas negeri antara zon hijau di negeri dikenakan PKPB untuk meningkatkan pelancongan domestik.
Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya diarah bekerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan untuk mengemukakan cadangan lebih terperinci.
Ridauddin Daud
Tue Nov 17 2020

Nancy Shukri menunjukkan Pelan Pemulihan Pelancongan bernilai RM200 juta. - Gambar BERNAMA
![[TO CHECK] Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019 [TO CHECK] Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611200935_kilangkereta.jpg)
[TO CHECK] Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

COVID-19 | Integrasi rentas sempandan

AWANI Ringkas: Bantuan banjir mencukupi hingga tiga bulan

Manfaat bantuan PERMAI kepada usahawan mikro

Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers’ Meeting (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pasangan warga emas maut tersepit dalam nahas kereta-lori di Tampin
Norfaizal berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.46 malam dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.52 malam.

Darurat: PH hantar tiga nama untuk Jawatankuasa Khas Bebas
Tiga wakil tersebut ialah Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Anthony Loke (Seremban), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Polis buka kertas inkuiri, siasat dakwaan judi di MAEPS
Wan Kamarul Azran berkata, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

Pembantu perubatan maut jatuh dari tingkat 3 hospital
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak motosikal oleh seorang pengawal keselamatan hospital berkenaan.

Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean pertama bermula hari ini
ADGMIN1 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.

2021 tahun pulihkan ekonomi negara melalui pelancongan domestik - Nancy
Beliau menyeru masyarakat untuk menerokai pelbagai destinasi pelancongan menarik yang ada di negara ini menerusi inisiatif 'Cuti-Cuti Malaysia'.

Kedah belum bersedia buka sempadan terima pelancong - Sanusi
Pembukaan pintu sempadan di tanah besar Kedah akan beri risiko jangkitan COVID-19 berikutan peningkatan kes positif di Thailand.

Kerajaan pertimbang buka sempadan bagi pelancong Korea Selatan, Jepun, New Zealand - Nancy
Kerajaan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Martabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan - Nancy
Semua pihak perlu memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan di serata dunia.

Pantun, upacara wangkang diiktiraf UNESCO
Ini menjadikan lima warisan budaya tidak ketara negara yang diiktiraf UNESCO.

Perigi Tujuh Serendah akan diangkat sebagai tapak warisan kebangsaan - Nancy Shukri
Ia antara 11 butiran di daerah Hulu Selangor/Negeri Selangor yang berada dalam senarai inventori jabatan itu di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi tujuan penyelidikan sebelum diwartakan.

Rakyat Malaysia perlu yakin untuk melancong dalam negara sendiri
MOTAC sedang giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara.

Pegawai Tourism Malaysia positif COVID-19 - MOTAC
Semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.

Travel bubble, ini apa yang anda perlu tahu
Begitupun, buat masa ini ia hanya melibatkan lokasi dalam Malaysia dan tidak melibatkan perjalanan ke luar negara.

Jangka rugi RM100 bilion, Travel Bubble beri nafas baharu pelancongan domestik
Keputusan kerajaan meluluskan Gelembung Perjalanan Domestik atau Teavel Bubble sedikit sebanyak memberi nafas baharu buat sektor pelancongan.