Sebuah treler melintang di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari Plaza Tol Penchala menuju ke Damansara pada pukul 2 petang hari ini.

Ini telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dari Damansara Perdana menuju ke Damansara Uptown akibat kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan treler tersebut di atas jejantas Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Walaubagaimanapun,kenderaan bergerak perlahan kembali seperti biasa selepas jalan tersebut ditutup buat seketika.

Ini telah disahkan oleh pihak Balai Polis Petaling Jaya.