awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler rempuh pondok tol, jurutol nyaris maut

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2019
15:15 MYT
Treler rempuh pondok tol, jurutol nyaris maut
Rempuhan kuat treler menyebabkan pondok tol roboh dan terjatuh ke atas bumbung Proton Gen 2 yang berada di lorong bersebelahan. Foto netizen.
Seorang jurutol wanita nyaris maut selepas pondok tol tempatnya bertugas dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya Butterworth-Kulim dekat Seberang Jaya hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, jurutol berusia 30-an yang berada di dalam pondok tambah nilai dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan trauma.
Siasatan awal mendapati, treler tersebut dipercayai membawa barangan lusuh, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
"Treler tersebut membawa muatan berlebihan dan ia (muatan) itu telah tersangkut pada pondok tol tersebut.
"Rempuhan kuat itu menyebabkan pondok tol roboh dan terjatuh ke atas bumbung kereta jenis Proton Gen 2 yang berada di lorong bersebelahan iaitu lorong paling kiri," katanya.
Nik Ros Azhan berkata jurutol itu sempat menyelamatkan diri sebaik kemalangan berlaku namun dia mengalami kecederaan ringan serta dalam keadaan trauma.
Sementara itu, lelaki yang memandu kereta Proton Gen 2 mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak cedera.
Topic Berkaitan
#cedera
#jurutol
#kecederaan ringan
#kemalangan
#Lebuhraya Butterworth-Kulim
#Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
#nyaris maut
#pondok tol
#rempuhan
#siasatan
#tol
#trauma
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan