awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler tanpa pemandu rempuh 19 kenderaan

Bernama
Bernama
12/03/2018
16:09 MYT
Treler tanpa pemandu rempuh 19 kenderaan
Treler tersebut tergeluncur dan bergerak sendiri menghala ke arah parkir di kawasan kilang tersebut dan melanggar kesemua kenderaan. - Gambar hiasan
Sebuah treler tanpa pemandu merempuh 19 kenderaan yang diletakkan di parkir sebuah kilang pemprosesan minyak di Nilai Utama dekat sini, tengah hari Isnin.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, tiada kecederaan yang dilaporkan.
Kejadian berlaku apabila pemandu treler berusia 31 tahun yang ditugaskan menghantar serbuk sawit dari Lumut, Perak ke kilang itu meletakkan kenderaan terbabit di tepi jalan berdekatan, sebelum terus pergi ke kantin untuk makan.
Ketika sedang makan, treler tersebut tergeluncur dan bergerak sendiri menghala ke arah parkir di kawasan kilang tersebut dan melanggar kesemua kenderaan melibatkan sebuah lori, tiga kereta dan 15 motosikal, katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kilang
#nilai
#parkir
#sawit
#treler
#Zaldino Zaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan