awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler tepung terbalik, lebuh raya PLUS arah selatan sesak lebih 20km

Aida Aziz
Aida Aziz
02/03/2024
05:44 MYT
Treler tepung terbalik, lebuh raya PLUS arah selatan sesak lebih 20km
Seorang lelaki cedera tersepit setelah treler muatan tepung yang dipandu terbalik di Kilometer (KM) 292.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan hari ini. - Foto Bomba Perak
SIMPANG PULAI: Seorang lelaki cedera tersepit setelah treler muatan tepung yang dipandu terbalik di Kilometer (KM) 292.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pemandu treler berusia dalam lingkungan 40-an itu cedera di bahagian dada dan kaki.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mengeluarkan pemandu treler yang tersepit. - Foto Bomba Perak
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mengeluarkan pemandu treler yang tersepit. - Foto Bomba Perak
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 pagi tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dan BBP Gopeng bergegas ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan tepung terbalik dan didapati seorang pemandu lelaki tersepit serta mengalami kecederaan.
"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan power unit dan peralatan menyelamat.
"Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan di lokasi kemalangan supaya selamat dilalui oleh pengguna jalan raya lain.
Operasi yang diketuai PBK II Hazuraimee Iskandar Harun itu tamat pada jam 11.08 pagi.
Topic Berkaitan
#treler terbalik
#PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#kessesakan teruk
#simpang pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan