Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara yang dikhuatiri mengancam keamanan itu tidak boleh dibiarkan berlaku apatah lagi jika pertemuan itu cenderung untuk menghidupkan semula semangat komunisme di negara ini.
"Kita tidak boleh pandang ringan hal-hal sebegini. Negara kita sudah aman, jadi apa perlu hal sebegitu. Ini pandangan di peringkat awal tetapi yang penting jalankan siasat dahulu," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen 2019 di sini, hari ini.
Menurut laporan media, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu semalam, antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Muhyiddin berkata, polis dan Cawangan Khas telah diarah membuat siasatan bagaimana perhimpunan itu diadakan, apakah ia memerlukan kelulusan pihak berkuasa atau adakah ia telah melanggar mana-mana undang-undang yang diperuntukkan di negara ini.
Menurutnya, siasatan itu juga menjurus kepada tujuan sebenar perhimpunan itu sama ada semata-mata untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai seperti didakwa atau ia satu usaha untuk menghidupkan semula semangat komunisme lampau.
Ditanya sama ada bekas ahli PKM boleh melakukan pertemuan seperti itu, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka perkara itu tidak boleh dihalang tetapi pihak berkenaan juga perlu memikirkan sama ada semangat sebegitu perlu dibangkitkan dalam situasi negara yang sudah aman.
Muhyiddin berkata, Kementerian Dalam Negeri memandang berat perkara seperti itu, apatah lagi keadaan 'menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat' kebelakangan ini yang dianggap sebagai merisaukan.
"Saya sebagai rakyat biasa juga risau malah kadang-kadang lebih daripada risau, kenapa mutakhir ini ada trend-trend sebegitu timbul. Tetapi saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, akan pastikan negara kekal aman," katanya merujuk kepada tindakan pihak tertentu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM, Chin Peng ke Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, kata Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Bekas koperal Cawangan Khas tembak mati rakan dipenjara 38 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas anggota cawangan khas Bukit Aman (SB) atas kesalahan menembak mati rakan sekerjanya 10 tahun lepas, dengan penjara 38 tahun.
SB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda
Ketua Polis Daerah Sik menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas.
Serangan, penyebaran agenda 'New Malaysia' di media sosial membimbangkan - Cawangan Khas PDRM
Serangan pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu "New Malaysia" yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial semakin membimbangkan.
PDRM umum pertukaran 12 pegawai kanan
Seramai 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia tersenarai dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 Jun depan.
Pegawai SB tidak mengaku terima rasuah percepat urusan bawa pulang tahanan di Syria
Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,500 pada 2018.
Trend isu komunis risaukan Muhyiddin Yassin
Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam.
'Saya akan mohon bajet, beli plakad untuk SB perkenalkan diri' - IGP
Isu berkenaan sepatutnya tidak ditimbulkan mana-mana pihak kerana anggota polis hanya menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan.
SKMM diminta main peranan kawal permainan video berunsurkan perang
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk memainkan peranan atas permainan video dalam talian berunsurkan peperangan.
Masih terlalu awal kaitkan kematian Kim Jong Nam dengan ejen khas - Pengarah Cawangan Khas
PDRM menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai keterlibatan ejen khas luar negara dalam kes kematian Kim Jong Nam.
Lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan ditahan di LRT Jelatek
Lelaki itu ditahan di Stesen LRT Jelatek, Ampang bersama senjata dan dokumen berkaitan Daesh.