awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JBPM terima 3565 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 hingga 30 Januari
Kerajaan Negeri Sembilan tidak kompromi isu rasuah PBT - Aminuddin
AKPS rampas pelbagai jenis bahan makanan tidak ikrar di Bukit Kayu Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tribunal Hak Asasi Manusia, tenaga nuklear antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
30/07/2025
00:20 MYT
Tribunal Hak Asasi Manusia, tenaga nuklear antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Usai sesi soal jawab, sidang Parlimen diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025 untuk bacaan kali pertama. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penubuhan Tribunal Hak Asasi Manusia di Malaysia, potensi penggunaan tenaga nuklear dan cadangan pembinaan sekolah berkonsep menegak hingga 17 tingkat antara perkara yang akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan menerusi portal Parlimen, Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) akan mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai status terkini usaha kerajaan memperkenalkan tribunal berkenaan.
Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pula bertanya kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai tahap kesiapsiagaan negara dalam menerokai penjanaan tenaga nuklear dan bentuk kerjasama dengan agensi antarabangsa berkenaan perkara itu.
Turut mencuri tumpuan ialah Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) yang ingin tahu perincian mengenai cadangan pembinaan sekolah menegak setinggi 10 hingga 17 tingkat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, termasuk langkah keselamatan yang akan diambil.
Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula meminta Menteri Luar menjelaskan sama ada kerajaan Persekutuan bercadang melibatkan kerajaan Sabah dalam sebarangrundingan berkaitan isu Ambalat agar kepentingan negeri dapat dipelihara sekali gus memastikan peluang ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu.
Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025 untuk bacaan kali pertama.
RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025, RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025, RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 dan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) juga dijadualkan dibentang untuk bacaan kali kedua hari ini.
Sidang Dewan Rakyat bagi mesyuarat kedua, penggal keempat Parlimen ke-15 dijadual berlangsung 24 hari, dan antara menjadi tumpuan ialah pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada Khamis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Tribunal Hak Asasi Manusia
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan