Trump desak Senator Republikan mansuh Obamacare

Senator Demokrat menjadikan subsidi insurans Obamacare sebagai isu utama dan enggan menyokong rang undang-undang pembukaan semula kerajaan yang diluluskan Dewan Perwakilan selagi isu subsidi tidak ditangani. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu menggesa Senator Republikan agar memansuhkan program Obamacare dan menyalurkan semula dana yang diberikan kepada syarikat insurans kesihatan "terus kepada rakyat."
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menggesa Senator Republikan membatalkan program Obamacare dan salurkan dana terus kepada rakyat bagi membeli perkhidmatan kesihatan sendiri.
- Trump mencadangkan agar ratusan bilion dolar yang disalurkan kepada syarikat insurans dialihkan kepada rakyat dan mengecualikan perbelanjaan untuk Obamacare.
- Usaha terbaharu Trump ini melambangkan kempen lamanya menentang Affordable Care Act, sementara Senator Demokrat menekankan isu subsidi insurans Obamacare sebagai halangan utama dalam undi pembukaan semula kerajaan.
"Dengan kata lain, ambil daripada syarikat insurans besar yang tamak, berikan kepada rakyat dan hapuskan perbelanjaan bagi sistem kesihatan terburuk di dunia -- Obamacare," katanya.
Langkah itu menandakan usaha terbaharu Trump untuk menghidupkan semula kempen lamanya menentang Akta Penjagaan Mampu Milik (Affordable Care Act) yang diluluskan pada 2010 semasa pentadbiran Obama.
Sementara itu, Senator Demokrat menjadikan subsidi insurans Obamacare sebagai isu utama dan enggan menyokong rang undang-undang pembukaan semula kerajaan yang diluluskan Dewan Perwakilan selagi isu subsidi -- yang dijangka meningkat pada awal tahun depan -- tidak ditangani.
Kenyataan Trump itu dibuat ketika kesan penutupan kerajaan semakin dirasai, dengan rakyat Amerika berdepan gangguan di lapangan terbang dan ratusan penerbangan dibatalkan akibat kekurangan kakitangan pengawal trafik udara yang masih belum menerima gaji sepanjang tempoh penutupan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang diusulkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kepada Senator Republikan berkenaan program Obamacare? A: Donald Trump menggesa agar program Obamacare dimansuhkan dan dana yang diberikan kepada syarikat insurans kesihatan dialihkan terus kepada rakyat.
- Q: Apakah tindakan terbaharu yang diambil oleh Trump dalam usahanya menentang Affordable Care Act? A: Trump mencadangkan agar dana yang disalurkan kepada syarikat insurans untuk menyelamatkan sistem kesihatan di bawah Obamacare dialihkan terus kepada rakyat untuk membeli perkhidmatan kesihatan sendiri.
- Q: Mengapa Senator Demokrat enggan menyokong rang undang-undang pembukaan semula kerajaan? A: Senator Demokrat enggan menyokong rang undang-undang pembukaan semula kerajaan kerana isu subsidi insurans Obamacare dianggap sebagai isu utama yang belum ditangani.
- Q: Apakah kesan penutupan kerajaan yang dirasai oleh rakyat Amerika? A: Rakyat Amerika menghadapi gangguan di lapangan terbang dan pembatalan ratusan penerbangan disebabkan kekurangan kakitangan pengawal trafik udara yang tidak menerima gaji akibat penutupan kerajaan.
- Q: Apakah program insurans yang dikritik oleh Trump dan bagaimana beliau mengusulkan penyelesaiannya? A: Trump mengkritik program insurans Obamacare dan mencadangkan agar dana yang disalurkan kepada syarikat insurans dialihkan terus kepada rakyat untuk membeli perkhidmatan kesihatan sendiri.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

