KUALA MUDA: Lapan belas tahun lalu tsunami melanda rantau ini pada tanggal 26 Dis 2004, namun insiden yang meragut nyawa itu tetap segar dalam ingatan penduduk Kampung Kota di sini.
Malah, kesan bencana alam itu juga masih jelas kelihatan sehingga sekarang.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi kejadian mendapati, tragedi yang berlaku susulan gempa bumi di Lautan Hindi-Barat Laut Sumatera itu membawa banyak perubahan terhadap penempatan dan corak kehidupan penduduk di sini.
Kebanyakan penduduk yang menjadi mangsa tsunami kini mendirikan rumah jauh dari pesisir pantai, sementara ada segelintir tidak mahu berpindah dan masih tinggal di tapak asal.
Selain arca timbunan bot yang dibina di simpang laluan utama ke kawasan itu, deretan rumah yang musnah akibat ombak tsunami, dikelilingi pagar dibina khas pihak berkuasa tempatan, kini dijadikan Muzium Tsunami.
Salah seorang mangsa tragedi, Idris Husin, berkata rumahnya yang terletak berhampiran pantai juga tidak terlepas daripada dibadai ombak tsunami, namun dia bersyukur kerana isteri serta anak-anaknya terselamat serta rumahnya tidak musnah sepenuhnya.
Menyingkap kembali hari kejadian, warga emas berusia 68 tahun itu berkata, ketika itu beliau bersama isteri dan anaknya sedang berkelah di pesisiran pantai.
TIDAK SEMPAT HABISKAN AZAN
Dia yang bertugas sebagai bilal masjid itu berkata, sebelum gulungan ombak setinggi 3.9 meter membadai daratan dia terlihat kejadian pelik apabila air surut sehingga menampakkan pasir laut sejauh satu kilometer.
Merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku, dia yang membahasakan diri sebagai Pak Ngah melaungkan azan. Namun, tidak sempat menghabiskannya, gulungan ombak itu terus membadai tempat dia berdiri.
"Pak Ngah sampai sahaja di tepi pantai, nampak air laut makin surut dan jadi kering. Saya nampak gumpulan air tinggi di tengah laut, sehinggakan rumah api yang ada di tengah sudah ditenggelami gulungan ombak.
"Dalam masa sama, isteri dan anak Pak Ngah ajak makan. Tetapi, saya kata, kena lari selamatkan diri. Saya laungkan azan, selepas itu saya terus tarik tangan isteri dan anak saya, terus lari selamatkan diri," katanya.
Turut berkongsi pengalaman mengerikan, Che Man Ahmad, 64 tahun, yang ketika itu baru selesai menghadiri majlis perkahwinan di kampung itu.
PANJAT POKOK MANGGA
Menurutnya, selepas hentaman pertama ombak setinggi pokok kelapa, datang pula gelombang kedua dan kali ini dia sempat memanjat pokok mangga untuk menyelamatkan diri.
"Saya tengok tidak lama selepas itu, gulungan ombak setinggi tiga meter dari tengah laut, datang dengan cepat hendak sampai ke hutan paya nipah di hadapan saya.
"Ketika itu, semua tetamu dalam majlis kenduri sedang bersembang. Saya terus jerit dan lari panjat pokok mangga. Tidak lama selepas itu, ombak datang lalu menghentam seluruh rumah," kata Che Man.
Walaupun ia telah lama berlalu, namun kesan trauma susulan insiden itu masih menghantui mereka.
Kejadian itu membuatkan Idris lebih bersedia dan bertindak meletakkan dokumen peribadi seperti surat beranak, geran tanah, sijil-sijil dan barangan penting lain di dalam satu beg.
Katanya, sekiranya berlaku tsunami lagi dia akan membawa beg itu bersama, tidak seperti kejadian sebelum ini apabila segalanya musnah dibawa ombak deras.
"Saya beritahu Mak Ngah, siapkanlah satu beg untuk simpan segala dokumen yang penting. Apabila berlaku apa-apa masalah, kita boleh bawa sekali dengan kita," tambahnya.
Disebabkan kedudukan geografi kawasan berkenaan yang berdekatan dengan bahagian Barat Sumatera, iaitu kawasan aktif berlaku gempa bumi dan berisiko berlaku tsunami, stesen seismologi yang menempatkan dua siren amaran tsunami kini dipasang.
Pemasangan siren kecemasan itu memberi sedikit kelegaan kepada penduduk, sekiranya berlaku gempa mereka sempat menyelamatkan diri.
Kini, penduduk sekitar kawasan ini sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Tsunami yang membadai beberapa negara pada 2004 turut menyebabkan Kedah terkena tempias tsunami dengan 10 kematian di Kota Kuala Muda dan satu di Langkawi.
Risiko tsunami sentiasa wujud kerana kawasan di utara dan barat Sumatera merupakan kawasan aktif, disebabkan oleh pertembungan antara dua plat tektonik yang boleh menyebabkan kejadian gempa.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Dec 26 2022
Ketika kejadian tsunami pada 26 Dis 2004, Che Man (gambar) baru sahaja selesai menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kota, Kuala Muda, Kedah. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Gempa bumi kuat 6.2 skala Ritcher gegar Pantai Utara Papua New Guinea
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Utara Papua New Guinea pada 9.03 pagi ini.
Gempa 6.9 skala Richter landa Tonga
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan 72km barat Pangai, Tonga pada 12:29 waktu tempatan Isnin.
Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter direkodkan di selatan Laut Okhotsk, berhampiran pantai Hokkaido, Jepun pada Sabtu.
Gempa bumi kuat landa selatan Afrika
Gempa dengan kedalaman 14 km itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Gempa bumi kuat gegar pantai Peru
Pusat gempa itu terletak 15.8 darjah selatan dan 74.4 barat dengan kedalaman 60 kilometer (km) iaitu 234 kilometer tenggara dari Ica, Peru.