awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsunami Selat Sunda: NGO Malaysia mula salur bantuan

Bernama
Bernama
25/12/2018
20:49 MYT
Tsunami Selat Sunda: NGO Malaysia mula salur bantuan
Bantuan awal akan disalurkan kepada mangsa tsunami pada minggu ini melalui Pos Keadilan Peduli Ummat yang sudah berada di lapangan beberapa jam selepas bencana berlaku. - Gambar fail
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sudah menghantar dua sukarelawannya untuk memberi bantuan asas ke kawasan yang terjejas akibat tsunami yang melanda Selat Sunda, Indonesia, 22 Dis lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata dua sukarelawan berkenaan yang juga aktivis Angkatan Pertahanan Malaysia tiba di kawasan terbabit pada Isnin.
"... pada asalnya mereka berada di Palu untuk projek di perkampungan berkenaan, jadi lepas kejadian tsunami Selat Sunda berlaku, saya arahkan mereka ke sana untuk salurkan bantuan.
"Pada Isnin, mereka berjaya masuk ke kawasan kritikal dan seperti kita sedia maklum, terdapat beberapa kawasan yang kritikal antaranya di Pantai Carita, Pantai Sumur dan sebagainya... pasukan kita telah berjaya masuk ke tiga-tiga kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.
Ahmad Sani berkata pada Selasa, pasukan tersebut mula mengedarkan pek makanan, ubat-ubatan dan barangan asas untuk mangsa tsunami selain turut membantu mengeluarkan mayat mangsa tragedi.
Menurutnya, buat masa ini Mapim tidak bercadang untuk menghantar sukarelawan lain berikutan keadaan semasa di sana yang masih diletakkan pada tahap berjaga-jaga.
"Pihak kerajaan Indonesia sendiri telah mengeluarkan kenyataan supaya berhati-hati, cabaran bukan hanya kepada penduduk di sana sahaja tetapi kepada orang yang mahu menyelamatkan mereka, jadi masing-masing sangat berwaspada," katanya.
Ahmad Sani berkata orang ramai boleh menghulurkan bantuan melalui tabung yang sama untuk tabung bantuan Palu dengan melayari www.rayuansulawesi.com atau terus ke akaun Maybank 5582 2060 5312.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Anwar Shaharul Anwar berkata bantuan awal seperti pek makanan dan kebersihan untuk mangsa tsunami terbabit akan disalurkan dalam waktu terdekat melalui rakan badan bukan kerajaan mereka di Indonesia, Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU) Human Initiative.
"Buat masa ini belum ada perancangan misi untuk ke sana. Bagaimanapun, seperti kebiasaannya, bantuan awal akan disalurkan pada minggu ini melalui PKPU yang sudah berada di lapangan beberapa jam selepas bencana berlaku.
"Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh ke laman sesawang www.billplz.com/selatsunda atau ke akaun bank Maybank MyCARE 5515 7500 4299, CIMB Islamic Bank Berhad (86 0213559 2) dan Bank Islam (1209 20100 34904)," katanya.
Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho, sehingga semalam jumlah korban tragedi itu meningkat kepada 373 orang, 128 masih hilang manakala 1,459 tercedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Sani Araby Al-Kahery
#Angkatan Pertahanan Malaysia
#Banten
#bantuan
#bantuan kemanusiaan
#bencana alam
#gunung berapi
#Indonesia
#korban tsunami
#krakatau
#MAPIM
#MyCare
#ngo malaysia
#Pos Keadilan Peduli Ummat
#Selat Sunda
#sukarelawan
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan