Persatuan Pengilang Plastik Malaysia menyokong sepenuhnya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) memandangkan pakatan perdagangan itu akan membuka lebih luas potensi pasaran eksport, sekaligus meningkatkan pekerjaan dan daya saing.
TPPA yang menyumbang 40 peratus daripada keluaran dunia, juga dijangka meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelaburan, menggalakkan teknologi moden, meningkatkan taraf hidup serta menambah baik perlindungan ke atas alam sekitar, kata Presiden persatuan itu, Datuk Lim Kok Boon.
“Kami berpendapat TPPA akan memberi manfaat kepada anggota kami berdasarkan potensi pasaran yang sangat luas.
"Kami kini menunggu kerajaan memeterai perjanjian TPPA secepat muungkin," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kajian analisis manfaat kos yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Analisis Kepentingan Nasional - oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, dan kajian ke atas Impak Potensi Ekonomi TPPA ke atas Ekonomi Malaysia dan Sektor Ekonomi Utama oleh PricewaterhouseCoopers, mengunjurkan peluang yang sangat baik.
Beliau berkata kajian itu mengunjurkan TPPA akan menyumbang kepada peningkatan keluaran produk Malaysia, antara lain, produk petroleum, kimia, getah dan plastik.
TPPA juga akan memberi impak positif ke atas peralatan dan komponen automotif, selain industri elektrik dan elektronik.
"Industri plastik menjadi penyumbang besar kepada kedua-dua sektor berkenaan, dengan membekal peralatan dan komponen berkualiti," kata Lim, dan menambah berdasarkan pasaran domestik yang secara relatifnya kecil, industri plastik tempatan bergantung besar kepada eksport.
Pada masa ini seramai kira-kira 1,200 syarikat pengilangan plastik mengupah kira-kira 80,000 pekerja.
Pada 2014, Industri Plastik Malaysia mencatat hasil berjumlah RM19.37 bilion, dengan 62 peratus daripda produk siap plastik yang dikeluarkan di Malaysia bernilai RM11.94 bilion, dieksport.
"Pasaran tradisi utama Malaysia membabitkan negara Kesatuan Eropah, Jepun, Australia dan Singapura.
"US (Amerika Syarikat) pernah menjadi pasaran utama eksport kita, namun sejak penarikan balik Skim Keutamaan Am pada lewat 1990-an, eksport negara ke US susut dengan ketara.
"Menerusi pemansuhan tarif import dan halangan bukan tarif, ia akan membuka peluang eksport yang luas ke US, selain Kanada dan Mexico," kata Lim.
Bernama
Sun Jan 17 2016
TPPA juga akan memberi impak positif ke atas peralatan dan komponen automotif, selain industri elektrik dan elektronik. - Gambar fail
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
TTPA tingkatkan produk plastik, kata pengilang
Persatuan Pengilang Plastik Malaysia menyokong sepenuhnya TPPA memandangkan pakatan perdagangan itu akan membuka lebih luas potensi pasaran eksport, sekaligus meningkatkan pekerjaan dan daya saing.