awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan Ibrahim sokong Pahang tidak lulus lesen baharu perlombongan di Tasik Chini

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2021
05:06 MYT
Tuan Ibrahim sokong Pahang tidak lulus lesen baharu perlombongan di Tasik Chini
Tuan Ibrahim menjelaskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan kualiti air Tasik Chini secara berterusan sejak tahun 2005. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong kenyataan kerajaan Pahang yang komited untuk tidak meluluskan mana-mana permohonan baharu aktiviti perlombongan di dalam kawasan Tasik Chini.
Tuan Ibrahim menjelaskan, keputusan itu selaras dengan persetujuan kerajaan Pahang untuk mewartakan Taman Negeri Tasik Chini sebagai kawasan Hutan Simpan Chini pada tahun 2019.
"Saya juga menyokong kenyataan kerajaan negeri Pahang yang komited untuk tidak meluluskan mana-mana permohonan baru aktiviti perlombongan di dalam kawasan Tasik Chini, selaras dengan persetujuan kerajaan negeri untuk mewartakan Taman Negeri Tasik Chini sebagai kawasan Hutan Simpan Chini pada tahun 2019.
"Konsep 'whole of government approach' iaitu kerjasama strategik antara Kasa (Kementerian Alam Sekitar dan Air) dengan agensi-agensi lain termasuk kerajaan negeri ini amat penting dalam memastikan kelestarian tapak “Biosphere Reserve, Unesco” iaitu Tasik Chini sentiasa dilindungi sebagai khazanah alam dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenai kemungkinan adanya logam di Tasik Chini, Tuan Ibrahim menjelaskan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan kualiti air Tasik Chini secara berterusan sejak tahun 2005.
"JAS sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan kualiti air Tasik Chini secara berterusan sejak tahun 2005.
"Terdapat sebanyak 15 stesen pemantauan kualiti air di lokasi yang berbeza dengan kekerapan pemantauan sekali setiap bulan bagi setiap stesen," katanya lagi.
Tuan Ibrahim memaklumkan, sebanyak 20 parameter diambil kira (analisis) dalam pemantauan yang dijalankan pada setiap stesen.
Ia merangkumi Pepejal Terampai (SS), Keperluan Oksigen Biologi (BOD), Klorida, Fosfat, Sulfat, Fluorida, Keperluan Oksigen Kimia (COD), Nitrat Nitrogen, Ammoniakal Nitrogen (AN), Minyak dan Gris serta E.coli dan 9 parameter logam berat merangkumi Besi, Mangan, Tembaga, Nikel, Plumbum, Zink, Kadmium, Arsenik dan Raksa.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memaklumkan, pelaporan dibuat berdasarkan parameter-parameter utama iaitu data kualiti air bagi tahun 2016 sehingga 2021 (sehingga Mac) berdasarkan parameter BOD, SS dan AN menunjukkan kualiti air Tasik Chini dalam kategori bersih.
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Kementerian Alam Sekitar dan Air
#KASA
#perlombongan
#Tasik Chini
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan