KUALA LUMPUR: Panik melihat sekatan jalan raya (SJR), dua lelaki bertindak menuang air ketum yang dibawa ke atas jalan dalam Op Motosikal di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut, di sini pada Jumaat.
Dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an itu didapati membawa air ketum dalam tiga botol minuman ringan bersaiz 1.5 liter dalam raga motosikal yang ditunggang mereka.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya turut menjalankan Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan di beberapa kawasan di ibu negara.
"Secara keseluruhan sebanyak 252 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 24 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).
"Seramai 14 lelaki yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 52 tahun ditahan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.
Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri motosikal.
"Hasil semakan, suspek mempunyai 3 rekod lampau berkenaan kes kecurian motosikal sejak dari tahun 2015," katanya.
Sementara itu, seramai lima lelaki ditahan kerana menunggang dalam keadaan berbahaya sambil melakukan aksi zig-zag, superman dan bersaing antara satu sama lain.
"Suspek berusia 19 hingga 31 tahun dan mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain," ujarnya.
Katanya, kesemua tangkapan akan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Dec 25 2021

Dua lelaki didapati membawa air ketum ketika ditahan di sekatan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Khidmat perunding luar tidak akan digunakan dalam perkhidmatan awam kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malu punca lelaki enggan jalani pemeriksaan kanser Prostat
Perasaan malu dengan saringan kanser prostat yang memerlukan prosedur sentuhan di bahagian sulit merupakan antara alasan ramai lelaki enggan menjalani saringan kesihatan itu.
Amalkan sifat keterbukaan
Bekas Pengerusi CIMB Bhd yang juga pemandiri kanser prostat, Tan Sri Nazir Razak meminta orang orang supaya lebih bersifat terbuka kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
JKDNKA capai sasaran rampasan RM1 bilion tahun ini
PDRM rampas pelbagai barangan termasuk barang seludup bernilai lebih RM920 juta serta menahan seramai 5,099 individu menerusi pelbagai operasi bermula awal hingga penghujung Nov lalu.

Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Polis Perak rampas 500kg dadah, tangkap 12,685 orang tahun ini
Polis turut menahan 12,685 orang kerana pelbagai kesalahan dadah sepanjang tempoh tersebut.

Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis
Polis Daerah Sepang terima laporan pada 9.30 pagi 31 Okt, berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan kedai dobi di Sepang Putra.

Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rampas 10kg ganja
Kedua-dua suspek itu ditahan pada jam 3.15 petang semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.

Warga asing kemalangan rempuh pagar Istana Besar Johor
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar dua kereta sebelum merempuh istana besar di Kilometer 2.3 Jalan Skudai, Pantai Lido pada Jumaat.

Dadah bernilai RM49 juta dirampas di Perak tahun ini
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berjaya membongkar lapan buah makmal haram dadah dan menahan 21 orang yang terlibat.

Polis cekup lelaki samun remaja
Menurut ACP Raub, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan hasil serbuan di sebuah pangsapuri di Johor Bahru pada Selasa.

Polis tumpas kegiatan dadah didalangi wanita Thailand, rampas dadah bernilai RM520,000
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah syabu didalangi seorang wanita Thailand berusia 30 tahun, yang menjadikan sebuah kereta sebagai stor simpanan dalam tiga serbuan berasingan.

Polis tahan tiga lelaki, rampas pelbagai dadah bernilai RM200,000
Dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, polis berjaya menahan seorang ahli perniagaan dan membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah.