awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
FitsAir akan tambah penerbangan ke Malaysia empat kali seminggu menjelang akhir Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuanku Muhriz berkenan terima zakat perniagaan lebih RM6 juta

Bernama
Bernama
29/07/2025
08:15 MYT
Tuanku Muhriz berkenan terima zakat perniagaan lebih RM6 juta
Tuanku Muhriz menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji yang diwakili Datuk Mohd Na’im Mokhtar sebelum diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM6,714,304.20 juta daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), di Istana Hinggap di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Zakat perniagaan berjumlah RM6.71 juta diserahkan kepada MAINS oleh empat syarikat korporat di Istana Hinggap, Negeri Sembilan.
  • Penyerahan terbesar oleh Lembaga Tabung Haji sebanyak RM4.24 juta, diikuti oleh Maybank Islamic, Bank Rakyat dan Sime Darby Property.
  • Tuanku Muhriz berkenan menyerahkan zakat tersebut kepada MAINS, dihadiri Menteri Besar dan pimpinan negeri sebagai tanda sokongan kepada institusi zakat.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim.
Penyerahan zakat berkenaan didahului Lembaga Tabung Haji diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang menyerahkan zakat berjumlah RM4,242,779.20.
Maybank Islamic Berhad diwakili Penasihat Syariahnya Muhammad Ali Jinnah Ahmad menyerahkan zakat RM1,100,000, manakala Bank Rakyat diwakili Ahli Lembaga Pengarah Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan menyerahkan zakat berjumlah RM871,525.
Sime Darby Property (Nilai) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Azmir Merican, menyerahkan zakat berjumlah RM500,000.
Tuanku Muhriz kemudian berkenan menyerahkan zakat tersebut kepada Pengerusi MAINS Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
#Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
#terima zakat
#Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan