KUALA LUMPUR: Kerajaan dan sektor swasta harus berganding bahu untuk memastikan keselamatan makanan di negara ini ditangani dengan betul dengan mewujudkan dana berpusat yang diurus dengan baik oleh sebuah agensi sebelum ia diagihkan kepada pelbagai agensi bertanggungjawab untuk menangani kekurangan nutrisi atau malnutrisi.
Pengarah Frost & Sullivan Asia Pasifik, Growth Advisory bahagian Kimia, Bahan-Bahab dan Pemakanan, Nikhil Vallabhan berkata, usaha bersama awam dan swasta adalah penting untuk menyelesaikan isu keselamatan makanan dan pemakanan memandangkan hampir satu juta penduduk di Malaysia kekurangan zat makanan dan kebanyakan penduduk Asia Tenggara bergantung pada makanan yang tidak sihat dan ‘junk food’ (makanan tidak berkhasiat).
Beliau berkata, pihak terbabit mesti berinovasi untuk mewujudkan cara baharu menghasilkan tanaman lain dengan tanah yang sebahagian besarnya digunakan untuk tanaman padi dan tanaman kelapa sawit.
"Tetapi jika kita boleh mengurangkan penggunaan tanah untuk beras, kita boleh mempunyai lebih banyak pengeluaran tempatan untuk tanaman lain.
"Selain itu, menerusi dana berpusat, kita boleh memantau pengeluaran dan ke mana wang itu dibelanjakan dan mengukur produktiviti pada penghujung hari," katanya kepada pemberita selepas berucap sebagai penceramah jemputan mengenai 'Trend Keselamatan Makanan di ASEAN' pada Fokus Stratum Bursa-HLIB Siri XV (ke-15), di sini, pada Rabu.
Nikhil berkata, pelaburan daripada sektor awam dan swasta dalam teknologi dan inovasi juga akan menyokong hasil atau pengeluaran yang lebih baik.
Beliau berkata, kerajaan boleh memberi insentif atau subsidi lebih baik kepada syarikat teknologi yang menyediakan teknologi tinggi dan latihan kepada petani dan bukannya memberi subsidi kepada petani itu.
"Ramai orang kini memiliki telefon pintar. Di sinilah syarikat atau pemimpin masyarakat boleh membantu petani menggunakan teknologi.
"Sebagai contoh, Chiangmai dan Chiangrai di Thailand, pemimpin masyarakat di sana didorong untuk memantau petani mereka untuk menentukan sama ada tanaman mereka diuruskan dengan baik mengikut masa menggunakan air, baja dan sebagainya menggunakan telefon pintar.
"Apabila ini dilakukan dengan satu hingga dua kitaran, ia akan menjadi kebiasaan, saya berpandangan Malaysia akan berada dalam kedudukan lebih baik di peringkat global untuk melaksanakan inisiatif sedemikian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Usaha bersama awam dan swasta adalah penting memandangkan hampir satu juta penduduk di Malaysia kekurangan zat makanan. - Gambar hiasan
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Tubuh dana untuk tangani isu keselamatan makanan - Frost & Sullivan
Usaha bersama awam dan swasta adalah penting memandangkan hampir satu juta penduduk di Malaysia kekurangan zat makanan.
Pasaran automotif Malaysia berkembang kukuh pada 2019
Ini dipacu pertumbuhan dalam penggunaan domestik, pertumbuhan pelaburan swasta serta pelancaran beberapa model baharu.
Bidang keselamatan siber janji gaji lumayan
Pembangunan pesat teknologi di Malaysia tidak selari dengan jumlah pakar yang kita ada dalam bidang keselamatan siber di negara ini.
3 perkara untuk pastikan kereta tempatan berjaya
Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam industri automotif, Vivek telah memerhati dan kajikan pasaran auto negara Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan ASEAN selama 12 tahun.
Prestasi industri automotif Malaysia 2016 dijangka lemah
Menurut Frost & Sullivan jualan kenderaan dijangka turun 1.44 peratus tahun ke tahun ke 648,000 unit pada 2016.
Jualan kereta dijangka meningkat 3.15 peratus tahun ini
Penurunan harga bahan api akan membawa kepada jualan kereta yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun ini.