awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM laksana penerbangan taktikal, terbang rendah di Kuantan

Bernama
Bernama
12/06/2025
06:52 MYT
TUDM laksana penerbangan taktikal, terbang rendah di Kuantan
penerbangan taktikal itu adalah bersempena dengan Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 yang akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan pada 16 Jun. - Gambar fail
KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan secara taktikal pada altitud rendah di sekitar ruang udara Kuantan bermula hari ini hingga 16 Jun.

Ringkasan AI
  • TUDM melaksanakan penerbangan taktikal altitud rendah di ruang udara Kuantan dari 12 hingga 16 Jun sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67.
  • Pesawat terlibat termasuk pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter yang akan terbang rendah sepanjang tempoh latihan.
  • Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas melihat pesawat terbang rendah kerana latihan ini adalah sebahagian daripada persiapan rasmi dan keselamatan sentiasa diutamakan.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerbangan taktikal itu adalah bersempena dengan Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 yang akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan pada 16 Jun.
Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh berkenaan pesawat yang terlibat termasuk pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan melakukan penerbangan taktikal secara rendah.
"Sehubungan itu, TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat-pesawat terbang rendah," menurut kenyataan itu.
TUDM komited dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang udara negara sentiasa terpelihara.
Hari Ulang Tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#Kuantan
#pesawat pejuang
#terbang rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami