awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM tidak akan campuri siasatan SPRM - Panglima TUDM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
26/05/2017
04:47 MYT
TUDM tidak akan campuri siasatan SPRM - Panglima TUDM
Panglima TUDM, Jen Datuk Seri Affendi Buang (kanan) beramah mesra dengan anggota TUDM pada majlis TUDM bersama media pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan mencampuri sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sedang menjalankan siasatan, mendakwa atau menangkap mana-mana anggotanya yang terlibat dengan gejala rasuah.
Panglima TUDM Jen Datuk Seri Affendi Buang berkata pihaknya akan memberikan kerjasama yang diperlukan kepada SPRM dan tidak akan melindungi anggotanya.
"Saya tegaskan integriti dan tanggungjawab setiap anggota itu penting.
“Kerana rasuah bukan sahaja menjejaskan integriti malah turut mengancam keselamatan aset yang dimiliki TUDM apabila ia ada kepincangan.
“Kita tidak melindungi mereka malah memberi kerjasama kepada SPRM. Soalnya yang penting bagaimana kita akan pastikan ia tidak berulang pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media pada majlis TUDM bersama media di sini pada Khamis, bersempena dengan sambutan Hari TUDM yang bakal di sambut pada 1 Jun ini.
Beliau merujuk kepada laporan beberapa kes tangkapan anggota TUDM yang ditahan SPRM atas kesalahan rasuah baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Sri Affendi Buang
#SPRM
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan