KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Hassan Saad, menuntut Ahli Parlimen Baling itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio berbaur fitnah yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.
Menurut peguam Datuk SN Nair, jika pihaknya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan daripada Hassan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis, tindakan perundangan akan diteruskan terhadap Hassan.
Berdasarkan notis tuntutan itu, pada 27 Nov lepas, Hassan telah menerbitkan suatu hantaran audio yang memfitnah Anwar di aplikasi Twitter atas nama "Mohd Ropi Mat Sin".
Nair berkata audio itu telah dipetik oleh pengguna Twitter di bawah nama "Pemikir Malaysia" yang mendapat tontonan melebihi 431,500 kali, reaksi 'Like' melebihi 4,800 kali, perkongsian melebihi 3,300 kali dan petikan tweet melebihi 1,400 kali setakat tarikh notis ini.
BACA: Tuduh PM Anwar ejen Israel: Polis buka kertas siasatan ke atas Ustaz Hassan Saad
BACA: Tuduh PM Anwar ejen Israel: Ahli Parlimen Baling nafi kaitan audio tular
Beliau mendakwa audio itu dibuat dengan berniat jahat (mala fide) dan ia tidak benar, palsu serta bertujuan untuk merendahkan maruah anak guamnya di mata masyarakat umum.
Nair berkata perkataan-perkataan memfitnah itu secara keseluruhannya antara lain membawa maksud bahawa Pengerusi Pakatan Harapan telah menyalah guna kuasanya sebagai seorang ahli Parlimen, seorang pembohong, tidak beretika dan telah mengkhianati mandat rakyat.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan anak guamnya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 adalah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 24 Nov lepas.
Peguam itu berkata Hassan tidak pernah menafikan perkara itu walaupun selepas perkataan-perkataan dan audio memfitnah itu telah tular di Twitter dan aplikasi sosial media lain.
"Sekiranya YB Hassan menafikan perkataan-perkataan dan audio memfitnah itu, pihak kami telah diarahkan oleh anak guam untuk menuntut pengesahan secara umum dan bertulis daripada YB Hassan bahawa YB Hassan tidak mengungkapkan atau menerbitkan perkataan fitnah itu.
"Selain itu anak guam kami memohon penarikan balik perkataan memfitnah serta permohonan maaf tanpa syarat, aku janji bertulis oleh YB Hassan untuk tidak mengulangi perkataan memfitnah itu," menurut peguam itu.
Berdasarkan notis tuntutan itu, Nair memaklumkan anak guamnya akan menuntut ganti rugi atas tindakan Hassan.
Nair ketika dihubungi mengesahkan telah menghantar notis tuntutan itu kepada Hassan melalui kiriman pos.
"Tuduhan itu (perkataan memfitnah) adalah keterlaluan," kata Nair.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Hassan Saad, menuntut Ahli Parlimen Baling itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio berbaur fitnah yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Pas akan bincang tarikh PRN dengan pimpinan tiga negeri dikuasai PH
Setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Tuduhan ejen Israel: PM Anwar tuntut Ahli Parlimen Baling mohon maaf
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Hassan Saad, menuntut Ahli Parlimen Baling itu supaya membuat permohonan maaf.