awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduhan rogol pembantu rumah, Paul Yong diarah bela diri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/12/2021
02:54 MYT
Tuduhan rogol pembantu rumah, Paul Yong diarah bela diri
Paul Yong ketika tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Astro AWANI
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, pada tahun 2019.
Keputusan dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah menetapkan perbicaraan selama dua hari pada 15 dan 16 Februari 2022.
BACA: Paul Yong tiba di mahkamah untuk keputusan kes dakwaan rogol pembantu rumah
Di dalam hujahan penghakimannya, Abdul Wahab berkata, elemen pertama yang dibuktikan adalah berlakunya penetrasi dan tertuduh melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa selain keterangan itu adalah konsisten dengan soalan balas peguam.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi bersama Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin, manakala Paul Yong diwakili Peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir.
Rajpal ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat.
Pada masa sama, pihaknya juga akan mengemukakan empat saksi untuk pembelaan diri secara bersumpah pada 15 dan 16 Februari depan.
Pada 28 Sept 2021, pihak pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 23 saksi termasuk dua saksi terlindung, untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 5 April lepas.
Yong, 51 tahun, didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.
Dia disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
Topic Berkaitan
#rogol
#pembantu rumah
#Paul Yong Choo Kiong
#Mahkamah Tinggi Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan