awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugas guru kaunseling bukan sekadar bimbingan disiplin

Bernama
Bernama
27/07/2017
10:48 MYT
Tugas guru kaunseling bukan sekadar bimbingan disiplin
Peranan guru kaunseling adalah bersandarkan kepercayaan setiap pelajar mempunyai ruang dan peluang untuk mencatat kecemerlangan. - Gambar hiasan
Tugas guru kaunseling bukan setakat memberi nasihat kepada pelajar berkaitan masalah disiplin tetapi turut berperanan memotivasikan mereka terutama bagi yang bakal menduduki peperiksaan, kata Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan.
Yang Dipertuanya Mohd Saleh Ismail berkata peranan guru kaunseling adalah bersandarkan kepercayaan setiap pelajar mempunyai ruang dan peluang untuk mencatat kecemerlangan.
"Jadi di sini tugas kami sebagai guru kaunseling adalah membimbing dan memberi bantuan dari segi semangat kepada mereka," katanya kepada Bernama pada Program Kemuncak Kerjaya 2017 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan, di sini pada Khamis.
Mengulas mengenai program itu, Saleh berkata program tersebut amat penting kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menentukan hala tuju mereka selepas tamat persekolahan.
''Sebelum ini mereka kekurangan ilmu dan maklumat mengenai kerjaya pada masa depan walaupun pernah dimaklumkan oleh kaunselor sekolah, namun dengan adanya program seperti ini ia lebih fokus, sekali gus dapat menyuntik semangat mereka,'' katanya.
Program Kemuncak Kerjaya 2017 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin itu disertai kira-kira 250 pelajar tingkatan lima serta guru-guru kaunseling dari sekitar daerah Seremban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan
#Mohd Saleh Ismail
#Pertubuhan Peladang Kebangsaan
#Program Kemuncak Kerjaya 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan