DUNGUN: "Kehadiran mereka memberi kebahagiaan dalam hidup saya dan isteri kerana dapat merasai pengalaman menjadi ibu bapa untuk memberi kasih sayang sepenuh hati," kata Anazul Ami Idris, 42, bapa saudara kepada tujuh adik-beradik yatim piatu.
Beliau berkata kehadiran mereka turut mengubat rindu pada adik perempuannya Norhapisah yang meninggal dunia bersama suaminya Kamal Hisham Mustaffa Mohammad dalam kemalangan tragis dua tahun lepas.
"Kebetulan saya dan isteri Mariani Othman, 42, masih belum dikurniakan cahaya mata. Kami berdua sangat bersyukur kerana dapat menjadi ibu bapa kepada mereka tujuh beradik.
"Alhamdulillah, sejak kami menjaga mereka dua tahun lepas, rezeki sentiasa ada untuk menampung perbelanjaan bulanan dan kami berazam mahu memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik demi masa depan yang cerah untuk mereka," katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) sempena program Sentuhan Kasih KAWAT di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.
Pada pertemuan itu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) turut memberi sumbangan bakul makanan kepada keluarga tersebut yang kini menetap di Kampung Pasir Raja di sini.
Muhammad Danial, 14; Muhammad Danish Irfan, 13; Muhammad Darwish Iqbal, 11; Muhammad Dhiyauddin Aiman, 10; Muhammad Daim Amin, 8; Muhammad Dhiya Arsyad, 7 dan Dayyinah Athirah, 5, kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya di Jalan Felda Kerteh 2/3, dekat Ketengah Jaya, Dungun pada 4 Okt 2019.
Ketika ini, Anazul Ami menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM800, manakala adik-beradik itu masing-masing menerima RM200 daripada Pertubuhan Kebajikan Sosial dan RM200 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia setiap bulan.
Sementara itu, Timbalan Presiden KAWAT Mohd Ishak Abdillah Ngah berkata program itu adalah sebahagian usaha pengamal media di Terengganu dalam menyantuni golongan tidak bernasib baik seperti anak yatim piatu, pesakit kronik dan ibu tunggal.
"Ini adalah tanggungjawab sosial pihak media kepada masyarakat kerana sebagai golongan yang sentiasa berada di lapangan, media juga mahu memainkan peranan untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Hari ini, KAWAT menyampaikan sumbangan RM500 hasil derma daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib tujuh anak yatim piatu ini dan kami akan sentiasa memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Anazul Ami (kanan) menerima sumbangan daripada KAWAT sempena program Sentuhan Kasih KAWAT yang disampaikan Mohd Ishak Abdillah (kiri) di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Tujuh beradik yatim piatu beri kebahagiaan, peluang jadi ibu bapa kepada suami isteri
Kehadiran mereka turut mengubat rindu pada adik perempuannya Norhapisah yang meninggal dunia bersama suaminya Kamal Hisham Mustaffa Mohammad dalam kemalangan tragis dua tahun lepas.