awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan

Bernama
Bernama
07/06/2024
12:44 MYT
Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan
ACP Christopher Patit berkata, kumpulan sindiket penipuan itu disyaki telah aktif sejak tiga minggu lepas dan menyasarkan rakyat negara ini. - FB Polis Melaka Tengah
MELAKA: Polis Melaka menahan tujuh warga tempatan termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud membabitkan 10 kes dengan kerugian sebanyak RM132,390.80.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kesemua mereka yang berusia 16 hingga 26 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana di sini yang berfungsi sebagai pusat panggilan pada 5 petang semalam.
Beliau berkata kumpulan sindiket penipuan itu disyaki telah aktif sejak tiga minggu lepas dan menyasarkan rakyat negara ini sebagai mangsa.
Beliau berkata sindiket itu kemudiannya memberi resit yang telah diubah suai kepada mangsa bagi meyakinkan mereka bahawa pembayaran komisen telah dibuat.
"Sindiket berkenaan dipercayai terlibat dalam 10 kes penipuan tawaran kerja tidak wujud melibatkan pelbagai kontinjen polis selain Melaka.
"Empat komputer riba serta tiga telefon bimbit disyaki digunakan dalam aktiviti pusat panggilan itu turut dirampas," katanya
Christopher berkata kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut termasuk sama ada sindiket itu turut terlibat dalam penipuan lain dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#tawaran kerja
#polis
#Melaka
#Pusat Panggilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan