awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh individu direman lakukan tunjuk perasaan bantah lanjutan PKPD

Petrus Bernard
Petrus Bernard
25/04/2021
06:19 MYT
Tujuh individu direman lakukan tunjuk perasaan bantah lanjutan PKPD
Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan perintah reman selama dua hari itu bermula hari ini.
TAWAU: Tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung insiden tunjuk perasaan memprotes arahan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, Tawau.
Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan perintah reman selama dua hari itu bermula hari ini.
Kesemua individu yang ditahan berusia 20 hingga 30-an itu diwakili peguam, Raymond Guok.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataannya berkata, kesemua mereka di bawah ke mahkamah di sini pada jam 9 pagi.
"Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut tiga pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 25 Ordinan Darurat 2021 dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, kesemua individu yang bukan penduduk Kampung Muhibbah Raya, Tawau didakwa melakukan kesalahan cubaan tunjuk perasaan pada Sabtu kira-kira pukul 3.20 petang.
Mereka membantah lanjutan PKPD di kampung itu yang sepatutnya tamat pada 24 April 2021.
COVID-19 | Tujuh individu ditahan bantah PKPD Kg Muhibbah
Topic Berkaitan
#Reman protes PKPD
#Kampung Muhibbah Raya Tawau
#Majistret Nur Asyraf Zolhani
#perintah reman
#ACP Peter Umbuas
#Ketua Polis Daerah Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan