KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh lagi kluster baharu hari ini. 

Ia melibatkan empat kluster komuniti dan tiga kluster tempat kerja.

Berikut adalah perincian tujuh kluster baharu berkenaan: 


1. KLUSTER KAMPUNG BINYU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Bintulu, Samarahan, dan Simunjan di Sarawak.

Tiga kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343644, kes ke-343646 dan kes ke-343648) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada 21 Mac 2021 di Kampung Binyu, Kuching.

Sehingga 3 April 2021, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana 68 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN MERDEKA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339857) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Sehingga 3 April 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER SIMPANG TIGA MEROTAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340922) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan penduduk-penduduk di Kampung Simpang Tiga Merotai, Kalabakan.

Sehingga 3 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN KENANGA 

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342825) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kenanga, Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah.

Sehingga 3 April 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN BANDAR SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Petaling.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak Jalan Bandar 9, Puchong.

Sehingga 3 April 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TEKNOLOGI PERAMU JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344012) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Pekan.

Sehingga 3 April 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN KUBOTA SENTRAL 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343322) dilaporkan positif  COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah pusat perniagaan yang terletak di Jalan Kubota Sentral, Tawau.

Sehingga 3 April 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

BACA: COVID-19: 1,638 kes baharu, Perak catat angka tertinggi