awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh motosikal terbakar ada unsur khianat - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2022
22:00 MYT
Tujuh motosikal terbakar ada unsur khianat - Polis
Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran membabitkan tujuh buah motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera di sini pada Selasa ada unsur khianat. -Foto Sinar Harian
GOMBAK: Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran membabitkan tujuh buah motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera di sini pada Selasa ada unsur khianat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pemilik motosikal yang terlibat digesa untuk tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut.
"Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zainal Mohamed berkata, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut membantu siasatan di tempat kejadian.
"Siasatan mendapati kejadian dipercayai bermula pada jam 5 pagi di mana sebanyak tujuh buah motosikal telah musnah terbakar dan mengalami kerosakan yang teruk.
"Orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hamizan Mohamad Yunus di talian 03-61262222 atau 013–8348384," katanya.
Pada Selasa, media melaporkan sebanyak tujuh motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di flat itu musnah dalam kebakaran.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.25 pagi.
Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Selayang bergegas ke lokasi kejadian.
Namun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Flat Taman Samudera
#motosikal terbakar
#khianat dengan api
#Zainal Mohamed Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan