awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh penuntut dan seorang aktivis sertai protes ditahan

Bernama
Bernama
26/08/2019
21:06 MYT
Tujuh penuntut dan seorang aktivis sertai protes ditahan
Ku Mashariman berkata, tujuh individu itu ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. - Gambar fail
Seramai tujuh penuntut dan seorang aktivis ditahan selepas menyertai protes di hadapan kolej pengajian mereka di Ara Damansara, Kelana Jaya, di sini petang Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun ditahan, selepas enggan bersurai ketika mengadakan perhimpunan pada jam lebih kurang lima petang, walaupun telah diminta berbuat demikian oleh pihak polis.
“Perhimpunan itu disertai kira-kira 50 individu dengan diketuai seorang aktivis sebuah parti politik, yang tidak berpuas hati dengan kolej berkenaan, kerana telah membuang dua penuntutnya disebabkan tidak dapat membayar yuran pengajian.
“Berikutan itu kita telah menahan tujuh orang penuntut termasuk seorang wanita dan seorang aktivis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama, pada Isnin.
Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktivis
#Ara Damansara
#enggan bersurai
#kolej
#Ku Mashariman Ku Mahmood
#menghalang penjawat awam
#parti politik
#penjawat awam
#penuntut
#perhimpunan
#Petaling Jaya
#polis
#protes
#yuran pengajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan