Tujuh rakyat tempatan adalah antara 15 individu yang dikenal pasti dalam pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di pantai Teluk Kampi Taman Negara Pulau Pinang, kata polis.
Lapan lagi yang dikenal pasti ialah empat rakyat Singapura, dua rakyat Myanmar dan masing-masing seorang rakyat Filipina dan India.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika mendedahkan kerakyatan mereka yang terlibat dalam pesta sukan bogel itu, berkata mereka yang telah dikenal pasti itu terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita.
"Buat masa ini polis sedang berusaha mengesan kesemua individu terbabit untuk membantu siasatan dan setakat ini 12 laporan polis telah diterima mengenai isu itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video mengenainya tersebar secara meluas di laman sosial. Video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita melukis di badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di pantai Teluk Kampi.
Abdul Rahim berkata polis juga telah memanggil 10 orang yang mempunyai maklumat mengenai pesta itu bagi membantu siasatan.
"Mereka ini bukan individu yang kami kenal pasti terlibat dalam pesta itu," katanya.
Berdasarkan laporan Pejabat Taman Negara Pulau Pinang yang diedar kepada media pada sidang akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini, penganjuran pesta sukan bogel itu berselindung di sebalik aktiviti berbentuk penjagaan alam semula jadi.
Pejabat Taman Negara Pulau Pinang dalam laporan yang diserah kepada kerajaan negeri itu menyebut bahawa penganjuran aktiviti berkenaan dipercayai oleh komuniti yang mengamalkan budaya songsang dan tidak bermoral.
"Pihak jabatan mengecam perbuatan yang tidak bermoral itu. Perkara ini akan disiasat secara serius dan tindakan sewajarnya akan diambil. Pihak Taman Negara juga telah memohon pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) membantu menjalankan siasatan dalaman yang akan dilakukan secara terperinci," menurut laporan itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar itu sekali lagi menegaskan bahawa pesta sukan bogel itu adalah di luar pengetahuan kerajaan negeri.
Sambil mengatakan bahawa kawasan Taman Negara itu adalah di bawah kawal selia Taman Negara, Lim berkata perkara itu adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan DAP Pulau Pinang menyerahkannya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menjalankan siasatan.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah pada sidang akhbar di Pejabat Taman Negara Pulau Pinang, berkata siasatan dalaman akan dijalankan untuk menyiasat kemungkinan peronda bertugas ketika program itu menerima ugutan daripada peserta aktiviti berkenaan.
"Dalam rekod perhilitan, tidak dinyatakan aktiviti tidak bermoral itu dan peronda juga tidak membuat laporan polis, jadi siasatan dalaman itu perlu untuk tahu sama ada peronda diugut atau sebagainya.
"Sebelum ini, memang terdapat beberapa kes ugutan yang diterima peronda ketika bertugas seperti apabila mereka menegur sesetengah aktiviti yang dilakukan pengunjung, mereka pula yang diberi amaran," katanya.
Beliau berkata segala maklumat mengenai peserta program sukan bogel itu telah diserah kepada polis untuk siasatan lanjut dan berharap tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Ini bukan sekadar isu Taman Negara Pulau Pinang ataupun isu Teluk Bahang tetapi ia adalah isu nasional, apa yang berlaku ternyata bukan amalan dan budaya masyarakat Asia, ia adalah contoh yang tidak baik untuk generasi akan datang," katanya.
Bernama
Wed Aug 06 2014
Tujuh rakyat tempatan antara yang dikenal pasti dalam pesta bogel - Polis
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Polis kenal pasti dalang muat naik video wanita menari separuh bogel atas tong di Pulau Perhentian
Polis Terengganu telah mengenalpasti individu yang memuat naik video pesta separuh bogel di sebuah pulau peranginan baru-baru ini.
Tiada pesta bogel di pesisir Sungai Melaka
Ia susulan rakaman satu klip video sekumpulan warga asing berseronok dalam keadaan berbogel sehingga klip itu menjadi tular di laman Facebook sejak semalam.
Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac
Kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi akan disebut semula pada 19 Mac.
Pesta bogel: 17 Dis sebutan semula kes empat individu
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.
Lima individu direman berhubung pesta sukan bogel
Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi.
Pesta bogel: Wanita dari Perak dipanggil bantu siasatan
Wanita berusia 24 tahun yang juga pekerja swasta di Kuala Lumpur dipanggil ke IPD Barat Daya Sabtu lalu sebelum dibebaskan selepas disoal siasat selama dua jam.
Guan Eng mahu bawa Nasruddin ke mahkamah
Lim Guan Eng berkata beliau telah memberi masa mencukupi kepada Nasruddin untuk mohon maaf berhubung kenyataannya tentang kedudukan kewangan kerajaaan negeri dan projek terowong dasar laut.
Polis tahan guru wanita yang menyertai pesta bogel
Seorang peserta wanita yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel di Pulau Pinang ditahan polis malam tadi.
Polis minta bantuan Interpol kesan peserta pesta bogel
Polis Pulau Pinang mohon bantuan Interpol untuk kesan 8 individu warga asing yang terlibat dalam pesta bogel di Pulau Pinang.
Tujuh rakyat tempatan antara yang dikenal pasti dalam pesta bogel - Polis
Tujuh rakyat tempatan adalah antara 15 individu yang dikenal pasti dalam pesta sukan bogel yang diadakan di Pulau Pinang.