awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh saksi dipanggil bantu siasatan kes tembak - Polis Kelantan

Bernama
Bernama
09/07/2023
07:14 MYT
Tujuh saksi dipanggil bantu siasatan kes tembak - Polis Kelantan
Muhamad Zaki berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti motif kejadian dan sedang mendapatkan maklumat baharu untuk diteliti. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan telah memanggil tujuh saksi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap rumah seorang penjawat awam di Kampung Guntong dekat Kok Lanas, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti motif kejadian dan sedang mendapatkan maklumat baharu untuk diteliti.
"Kami akan melihat daripada pelbagai sudut dan kenal pasti motif di sebalik kejadian termasuk kemungkinan dendam," katanya kepada pemberita selepas Program Fitrah Aidiladha Bank Rakyat Bersama PDRM Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Wilayah Timur Bank Rakyat Mohamed Al Namiri Che Man.
Semalam media melaporkan, sebuah keluarga di Kampung Guntong, Kok Lanas, di sini berdepan detik cemas apabila rumah dan kenderaan mereka dihujani tembakan daripada individu tidak dikenali.
Pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemukan beberapa kesan tembakan pada rumah itu serta pada kenderaan berhampiran.
Susulan kejadian itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Mohd Ridhuan Ismail dengan menelefon 019-2454224 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan kes tembakan
#rumah penjawat awam
#Polis Kelantan
#tujuh saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan