awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang cuci didenda RM100 rakam gambar aib seorang wanita di tandas universiti

Bernama
Bernama
05/04/2022
09:34 MYT
Tukang cuci didenda RM100 rakam gambar aib seorang wanita di tandas universiti
Dia mengaku bersalah mengambil gambar yang mengaibkan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah universiti pada 9.30 pagi, semalam.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gara-gara merakam gambar seorang wanita di tandas sebuah universiti, seorang tukang cuci yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Haffiz Zamri, 31, selepas dia mengaku bersalah mengambil gambar yang mengaibkan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah universiti pada 9.30 pagi, semalam.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua hari sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Mohamad Zaidi Othman yang mewakili Muhammad Haffiz memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya boleh dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), meskipun keluarganya belum mendapatkan kad OKU berkenaan.
"Ketika kejadian, kawasan itu (berada dalam) kuarantin, tetapi tertuduh mendapati tandas itu telah digunakan. Akibat perasaan ingin tahu, dia bertindak melakukan perbuatan tersebut," kata peguam itu yang turut memaklumkan anak guamnya telah meminta maaf kepada mangsa selain menyesal atas perbuatannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#intai wanita
#mengintip
#rakam gambar
#OKU
#tandas universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan