Seorang wanita ditemukan mati dipercayai ditikam oleh suaminya, dalam satu kejadian di rumah mereka di Taman Kluang Barat, Kluang, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamarul Zaman Mamat berkata mayat mangsa yang berusia 47 tahun itu, dijumpai oleh anak lelakinya yang berusia lingkungan 20-an ketika pulang dari bekerja, kira-kira pukul 5.30 pagi ini.
Beliau berkata ketika dijumpai, mayat tukang jahit itu terbaring atas lantai manakala suaminya, 52, terbaring di atas mangsa.
"Siasatan awal polis mendapati kes itu berpunca daripada masalah rumahtangga dan mangsa dipercayai dibunuh suaminya sebelum lelaki itu kemudiannya cuba membunuh diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata polis menemukan kesan luka tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dan satu tetakan di dagu berukuran lapan sentimeter pada mangsa manakala kecederaan di pergelangan tangan suspek, yang bekerja sebagai tukang masak.
Sebilah pisau dan gunting, yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, turut dijumpai, kata Kamarul Zaman.
Beliau berkata suspek dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, katanya.
Bernama
Sun Dec 20 2015
Beliau berkata suspek dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Tukang jahit mati dipercayai ditikam suami di Kluang
Seorang wanita ditemukan mati dipercayai ditikam oleh suaminya, dalam satu kejadian di rumah mereka di Taman Kluang Barat, Kluang, di sini hari ini.