awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak lesap lebih RM43,000 ditipu pelaburan emas

Bernama
Bernama
26/10/2018
08:16 MYT
Tukang masak lesap lebih RM43,000 ditipu pelaburan emas
Mangsa mendakwa menghubungi suspek selepas membaca iklan pelaburan tersebut di laman sosial Facebook pada 8 Ogos lalu.
Seorang tukang masak di sebuah pusat peranginan terkenal kerugian RM43,500 selepas diperdaya untuk menyertai pelaburan emas yang tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 39 tahun mendakwa berurusan dengan seorang wanita warganegara China bagi tujuan itu.
Katanya, mangsa mendakwa menghubungi suspek selepas membaca iklan pelaburan tersebut di laman sosial Facebook pada 8 Ogos lalu.
"Suspek didakwa meminta mangsa memasukkan wang itu ke dalam sebuah akaun menerusi empat transaksi yang berbeza selepas dia mendengar penerangan berkaitan pelaburan itu.
"Bagaimanapun, sehingga kini mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan ke atas pelaburannya dan suspek juga telah menghilangkan diri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan di balai polis Genting Highlands dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#pelaburan emas
#polis pdrm
#sindiket penipuan
#tukang masak
#warga china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan