awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang urut tak mengaku lakukan seks tanpa kebenaran

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2023
03:00 MYT
Tukang urut tak mengaku lakukan seks tanpa kebenaran
Tertuduh diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas selesai pertuduhan. - Foto Sinar Harian
KUALA PILAH: Seorang tukang urut tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis tanpa kebenaran, bulan lalu.
Tertuduh, Nor Muhamad Ahmad, 57, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan perhubungan seks dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang gadis berusia 21 tahun tanpa kebenaran.
Perbuatan itu dilakukan pada 30 Mei lalu lebih kurang jam 10.30 malam bertempat di ruang tamu dalam rumah di Kuala Klawang, Jelebu.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Jika disabitkan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 30 dan sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 17 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes, serahan dokumen dan lantikan peguam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tukang urut
#hubungan seks
#Nor Muhamad Ahmad
#tanpa kebenaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan