awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia

Bernama
Bernama
31/01/2025
08:32 MYT
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
ACP Azli berkata, pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). - Bernama
KUALA TERENGGANU: Kesemua 34 ketulan tulang yang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 di sini malam tadi, disahkan bukan tulang manusia.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ia hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang dijalankan selama dua jam bermula 9 pagi tadi.
"Justifikasi dibuat berasaskan terdapat perbezaan daripada bentuk, ketebalan, panjang serta tiada kesamaan dengan mana-mana tulang rangka manusia.
"Tulang tersebut berkemungkinan tulang haiwan yang mirip kepada kuda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Azli berkata sampel DNA tulang tersebut akan diserahkan kepada pegawai penyiasat polis untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Terengganu bagi tujuan analisis profil.
Penduduk sekitar Kuala Terengganu semalam digemparkan dengan penemuan ketulan tulang di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak berpenghuni di Pantai Batu Buruk 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#analisis
#tulang
#Pantai Batu Buruk 2
#bukan tulang manusia
#forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan