awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular bergaduh guna tukul besi di Lebuh Farquhar, polis tahan 12 lelaki

Bernama
Bernama
02/10/2021
09:02 MYT
Tular bergaduh guna tukul besi di Lebuh Farquhar, polis tahan 12 lelaki
Tular menerusi media sosial satu video berdurasi seminit memaparkan dua kumpulan membabitkan lebih 20 lelaki dengan ada yang bersenjatakan tukul besi bergaduh di kawasan Lebuh Farquhar. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Polis menahan 12 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki di kawasan Lebuh Farquhar, di sini semalam.
Difahamkan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 12.35 tengah malam semalam sebelum sepasukan polis bertindak ke lokasi tersebut.
Berdasarkan siasatan awal polis, beberapa lelaki dipercayai minum di sebuah restoran di situ dan kemudiannya timbul perselisihan faham yang berlarutan sehingga berlaku pergaduhan di luar premis makanan tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra'ais ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini semalam.
Beliau berkata kesemua mereka direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Terdahulu, tular menerusi media sosial satu video berdurasi seminit memaparkan dua kumpulan membabitkan lebih 20 lelaki dengan ada yang bersenjatakan tukul besi bergaduh di kawasan Lebuh Farquhar.
Berdasarkan rakaman itu, ada yang mendakwa kumpulan tersebut mabuk selepas minum minuman keras di restoran di situ sebelum berlaku perselisihan faham dan pergaduhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#Lebuh Farquhar
#dua kumpulan
#mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan