awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
Al-Nassr tewas di tangan Al-Ahli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular harimau bintang serang anjing, ini reaksi pihak polis

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2019
06:36 MYT
Tular harimau bintang serang anjing, ini reaksi pihak polis
Video berdurasi 44 saat bertarikh 29 September 2019 itu mula tular sejak semalam menunjukkan harimau bintang masuk ke halaman rumah sebelum menyerang anjing hitam yang sedang tidur. - Foto Astro AWANI
Tiada kejadian seekor harimau bintang yang menyerang anjing di rumah seorang penduduk berlaku di Kampung Perik, dekat sini, baru-baru ini.
Video berdurasi 44 saat bertarikh 29 September 2019 itu mula tular sejak semalam menunjukkan harimau bintang masuk ke halaman rumah sebelum menyerang anjing hitam yang sedang tidur.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan, Noh Idris, memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian itu dan menafikan video yang tular di laman sosial itu berlaku di daerah berkenaan.
Katanya, perkara itu dianggap mustahil kerana Kampung Perik majoritinya terdiri dari kaum Melayu dan tidak membela anjing.
Jika dilihat pada video nombor pendaftaran kenderaan tidak seperti di Malaysia.
Malah, harimau jenis itu tiada dalam negara ini dan menurut Noh kes berkenaan dipercayai berlaku di India.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Terap turut mendakwa tidak menerima laporan berhubung kehadiran harimau bintang berkenaan.
Pegawai APM Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib, berkata orang ramai boleh menghubungi pihaknya untuk mendapatkan bantuan atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sekiranya ada haiwan berbahaya di kawasan mereka.
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM Daerah Padang Terap
#harimau bintang
#India
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#laman sosial
#polis
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan