awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: TH nasihat jangan percaya berita palsu surat tawaran haji

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/12/2022
09:42 MYT
Tular: TH nasihat jangan percaya berita palsu surat tawaran haji
Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta bakal jemaah untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH. - Foto fail/AP
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai tidak mempercayai, berita tular di media sosial mengenai tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan juga kriteria pemeriksaan kesihatan.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata berita itu menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan TH turut menerima banyak pertanyaan mengenainya.
Sehubungan itu beliau meminta bakal jemaah untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH yang akan dimaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya untuk musim haji tahun ini diputuskan oleh kerajaan Arab Saudi.
"TH akan memaklumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah haji terpilih bagi musim haji 1444H/2023M menerusi platform komunikasi rasmi TH kelak.
"Selepas tarikh pengeluaran surat tawaran haji diumumkan, bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Syed Saleh turut memaklumkan, TH sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu bermula 25 November lalu sehingga 17 Februari hadapan sebagai persediaan melengkapkan bakal-bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#surat tawaran haji
#tular berita palsu
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan