awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Warga emas 'dikasari' anggota MBPJ didakwa Jumaat ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/03/2023
08:40 MYT
Tular: Warga emas 'dikasari' anggota MBPJ didakwa Jumaat ini
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam ketika melakukan operasi. - Foto fail/ Media sosial
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas yang dikatakan 'diserang' anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika operasi menangkap anjing liar, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini pada Jumaat ini.
Video yang memaparkan lelaki itu seperti dikasari anggota MBPJ ketika cuba melindungi anjingnya daripada ditangkap, tular di laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
"Kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, dan kita mendapat arahan untuk mendakwa suspek di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Seksyen 186 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam video yang tular itu, seorang anggota penguat kuasa dilihat memukul lelaki itu dengan batang besi yang digunakan untuk menangkap anjing.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Kanagapuram, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, di sini namun tidak dapat dipastikan bila insiden berkenaan berlaku.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chun menuntut MBPJ memberi penjelasan berhubung kes itu.
Beliau memberitahu, pejabatnya turut mengeluarkan satu surat rasmi kepada MBPJ selepas video insiden itu tular.
Topic Berkaitan
#MBPJ
#tangkap anjing
#MBPJ kasari warga emas
#kes tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan