awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Dr Mahathir pandu uji kereta sulung buatan Vietnam

Dr Azlinariah Abdullah
Dr Azlinariah Abdullah
28/08/2019
06:01 MYT
Tun Dr Mahathir pandu uji kereta sulung buatan Vietnam
Semasa sesi uji pandu itu, Perdana Menteri ditemani Pengerusi VinFast, Pham Nhat Vuong. - Foto BERNAMA
Sempena lawatannya ke Vietnam selepas 21 tahun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diberi penghormatan memandu uji kereta VinFast, buatan sulung Vietnam.
Kenderaan SUV Model Lux SA (A) 2.0 itu dipandu Perdana Menteri selama 10 minit dalam perkarangan Hoa Lac Hi-Tech Park, yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Hanoi.
Semasa sesi uji pandu itu, Perdana Menteri ditemani Pengerusi VinFast, Pham Nhat Vuong.
Selain SA (A) 2.0, dua lagi model dikeluarkan Vinfast iaitu Fadil 1.5 dan Black Sedan - LUX A 2.0.
Vinfast ialah anak syarikat Vingroup, sebuah syarikat terbesar di Vietnam.
Model itu dilancar bulan lalu menerusi usahasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia.
Harga pasaran tempatan kenderaan terbabit antara RM70, 000 dan RM250,000.
Perdana Menteri sebelum itu melawat Hoa Lac Hi-Tech Park, berucap kepada 100 pelajar University FPT mengenai ‘Persediaan Malaysia Dalam Mendepani IR 4.0’ selain melihat pameran kereta VinFast.
Ini kali pertama Tun Dr Mahathir melawat Vietnam selepas menjadi Perdana Menteri kali kedua Mei lepas.
Kali terakhir lawatan Perdana Menteri ke negara sosialis itu adalah pada 1998.
Asas lawatan Perdana Menteri ke Vietnam ini bertujuan meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam perdagangan, pertanian dan teknologi tinggi.
PM Dr Mahathir @chedetofficial took a chance to test drive Vietnam-made car, VinFast SUV LUX SA (A) 2.0 model at Hoa Lac Hi-Tech Park in Hanoi pic.twitter.com/oCdWwsNWbL
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 28, 2019
Topic Berkaitan
#Hanoi
#lawatan rasmi ke Vietnam
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#model
#pelajar
#Perdana Menteri
#PM
#SUV
#University FPT
#Vietnam
#VinFast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan