awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2025
22:45 MYT
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Tangkap layar video Dr Mahathir sedang mencari wang berbilion ringgit yang didakwa dimilikinya. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Gelagat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mencari wang yang berjumlah berbilion ringgit didakwa dimilikinya itu tular di media sosial.
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat di platform X pada Ahad, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut termasuk di belakang televisyen dan bawah katil serta sofa.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, beliau mencari wang tersebut selama dua tahun namun masih belum menjumpainya.
“(Sedang cari) duit, duit RM3 billion yang (didakwa) ada pada saya. Cari masih tidak jumpa.
“Sudah dua tahun mencari (wang itu) tetapi tidak jumpa,” katanya pada Isnin.
Tindakan Dr Mahathir itu dilihat sebagai satu sindiran terhadap dakwaan beberapa pihak bahawa beliau kononnya mencuri wang berbilion milik kerajaan sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Video berkenaan turut menunjukkan beliau tidak menjumpai wang itu selepas menggeledah di beberapa tempat.
Ketika ditanya sama ada ingin meneruskan pencarian di Switzerland, Dr Mahathir setuju dengan cadangan tersebut dan mendakwa wang berkenaan berkemungkinan ada di sana.
“Kita pergi Switzerland, bank di Switzerland barangkali ada (wang) di situ. Jom kita pergi,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#RM3 bilion
#cari wang dalam rumah
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan