"Tun M langgar pantang."
Itu yang disifatkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ekoran tindakan yang bakal diambil Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menjatuhkan kepimpinan negara.
"Saya tengok dulu dia semasa menjadi perdana menteri, benda macam dia cukup pantang. Saya masa tu ketua pemuda, saya tengok bila dia memimpin, dia tuduh pembangkang menjual maruah, gadaikan kedaulatan dan cuba meraih simpati daripada kuasa lain.
"Tapi sekarang lain pula, apa yang sanggup Mahathir lakukan bila matlamat menghalalkan cara. Cakap tak serupa bikin," katanya.
Selepas mengadakan pertemuan dengan 16 duta negara Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu, Tun Dr Mahathir dikatakan bakal mengetuai delegasi pembangkang ke Amerika Syarikat.
BACA: Tun Mahathir dimasukkan ke IJN
Naib Presiden UMNO itu juga berpendapat tindakan itu boleh dianggap sebagai campur tangan pihak luar dalam urusan politik negara.
Tindakan itu pernah menjadi pantang dalam kepimpinan Tun Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Hishammuddin ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran Agenda Pembangunan Perumahan Sembrong (APPS) di Paloh, di sini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abd Aziz Tunku Ibrahim yang mendakwa bahawa pertemuan yang akan diadakan pada 20 Februari ini sebagai usaha menggulingkan pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Astro Awani
Sat Feb 10 2018
Hishammuddin menganggap tindakan yang bakal diambil Dr Mahathir sebagai melanggar pantang. -Gambar fail
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.