Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang dijalankan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata Perdana Menteri ketika ini telah meletakkan beberapa agensi kerajaan dalam kedudukan asas yang baik bagi memastikan ekonomi negara semakin baik.
"Selepas kita (Pakatan Harapan) menang tahun lepas baru kita sedar keadaan ekonomi negara terlalu teruk... ini bukan politik tetapi kenyataan yang benar dan rakyat semua perlu tahu.
"Saya yakin mudah-mudahan dalam setahun dua ini, Tun (Mahathir) dapat pulihkan ekonomi negara dan seterusnya dapat meneruskan agenda membantu rakyat," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anwar Di Masjid Al-Falah, di Permatang Pasir dekat sini semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr Afif Bahardin dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain serta 500 orang termasuk penduduk kampung yang juga kemudian menunaikan solat terawikh bersama Anwar.
Sementara itu, Anwar yang juga Ketua Umum PH menggesa umat Islam di seluruh negara supaya menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya Al-Quran ketika Ramadan dalam usaha merapatkan jurang perkauman.
Ini kerana Al-Quran membawa mesej yang jelas dan menjadi petunjuk kepada umat Islam serta tidak boleh digunakan sebagai medium untuk mewujudkan perbalahan.
"Kadang-kadang saya tidak faham kenapa dalam tazkirah, ajaran atau parti kita atau sebagainya boleh sempitkan risalah (Al-Quran) ini. Mahu bezakan, tunjukkan permusuhan terus menerus antara Islam dan bukan Islam," katanya.
Beliau berkata naratif berhubung isu perkauman yang diketengahkan sesetengah pihak disifatkan sebagai sesuatu yang bukan dibawa dalam ajaran Islam.
"Saya tahu dalam naratif kita sekarang orang Melayu dengan Melayu, bukan Melayu dengan bukan Melayu dan ketegangan secara terus-menerus. Saya tak anggap ini sesuatu dianjurkan Islam.
"Islam menekankan untuk kita bantu masyarakat dan tentu akan tahu masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan, kaum dan masyarakat yang wujud. Bagaimanapun, (Islam) tak pernah maksudnya untuk melawan, memusuhi, meremehkan atau memijak hak orang lain," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun May 19 2019
ANWAR: Saya tahu dalam naratif kita sekarang orang Melayu dengan Melayu, bukan Melayu dengan bukan Melayu dan ketegangan secara terus-menerus; saya tak anggap ini sesuatu dianjurkan Islam. - BERNAMA/Fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.