Proton Holdings, yang menyambut ulangtahun yang ke-30 hari ini, akan memperkenalkan tiga model baharu pada tahun hadapan.
Mengikut kenyataan yang dibuat pengerusi syarikat, Tun Mahathir Mohamed, model-model tersebut akan melangkau apa yang sekarang ada pada Saga, Persona dan Perdana. Laporan Bernama ini juga memetik Tun Mahathir yang berkata penghasilan Perdana baharu ini akan mendapat kerjasama Honda, seperti yang sudah lama diketahui.

Beliau turut menerangkan yang hanya platform Honda yang akan digunakan untuk Perdana generasi baharu, manakala komponen-komponen lain akan dibangunkan oleh Proton sendiri.
“Model-model baharu ini dilengkapi dengan rekaan serta peralatan keselamatan yang terkini. Saya berharap yang ketiga-tiga model ini akan mula masuk ke dalam pasaran bermula Januari tahun hadapan (2016) dan akan mendapat sambutan yang baik,” kata Tun Mahathir sewaktu majlis berbuka puasa Proton semalam.
Kerjasama Proton dan Honda telah disahkan akan terhad kepada pembangunan model Perdana baharu seperti yang dinyatakan ketika pengumuman kerjasama Proton-Suzuki.
Perubahan ini diharap akan menjadi butang ‘reset’ bagi Proton. Model Persona sudah terasa lapuk jika dibandingkan dengan sedan segmen B atau C daripada pengeluar lain.
Nama Proton Perdana pula sudah terlalu lama dipinggirkan. Saga pula akhirnya akan mempunyai pusingan hayat yang (hampir) normal bagi industri automotif iaitu sekitar lima tahun. Ini satu perkembangan sihat berbanding Saga generasi pertama yang kekal di dalam pengeluaran selama 23 tahun (di dalam beberapa variasi)!
Dengan itu, kita barangkali boleh mengharap sehingga empat produk baharu daripada Proton pada tahun 2016 – tiga seperti yang dinyatakan semalam oleh Tun Mahathir, dan satu model kompak hasil kerjasama Proton dan Suzuki.
(Imej oleh: Aero7 CC BY-SA 2.5 my)