Sikap tamak dan terlalu selesa dengan kemakmuran negara membuatkan mahasiswa sekarang tidak berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau bimbang dengan perkara itu kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempengaruhi mahasiswa melakukan perkara negatif untuk menentang kerajaan.
"Kerajaan sejak dahulu sediakan pelbagai kemudahan kepada mahasiswa, mahasiswa terdahulu yang baru dapat kemudahan memang rasa terima kasih sangat tetapi mahasiswa sekarang terlalu selesa malah lihat benda ini perkara biasa yang kerajaan buat untuk mereka. Ini timbul rasa tamak nak lebih lagi.
"Selesa dan tamak ini kaburkan mata mereka untuk berfikir negara ini punya had tertentu dalam beri kemudahan bagi pastikan kewangan negara diurus dengan baik. Ini makin teruk apabila 'dibaja' dengan fitnah 'orang itu' seperti nak beri pendidikan percuma dan pelbagai lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama program Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk "Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara" di Universiti Teknikal Malaysia, di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Lebih 10,000 mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menyertai program itu.
Dr Mahathir berkata seorang mahasiswa perlu bijak menilai baik atau buruk sesuatu perkara berdasarkan kebijaksanaan mereka, bukan mengikut perasaan atau nafsu semata-mata.
"Mahasiswa ini bila dah habis belajar, tidak ada gunanya dapat ijazah sekiranya tiada kebijaksanaan pada mereka. Segenggam ijazah sahaja tidak akan membantu mereka menjadi pemimpin masa depan.
"Mereka sememangnya terdedah dengan pelbagai pendapat dan ideologi daripada semua pihak, jadi kebijaksanaan ini membolehkan mereka memilih mana yang baik. Kalau pilih yang buruk, negara akan hancur kerana mahasiswa ini pemimpin masa depan negara," katanya.
Beliau berkata bagi menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, mahasiswa perlu belajar mendekati dan memahami orang yang mereka pimpin.
"Mahasiswa kalau nak jadi pemimpin kena ingat bukan kerana nak senangkan diri sendiri, tapi kerana nak senangkan orang lain. 'Title' pemimpin bukan untuk berlagak atau ingin dipandang tinggi orang lain. Ia 'title' untuk menjadi hamba kepada orang yang kita pimpin," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita tentang dakwaan wujudnya pihak tertentu cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Dr Mahathir berkata perkara berkenaan boleh berlaku.
Akhbar hari ini melaporkan dakwaan sebuah badan bukan kerajaan mengenai ada pihak menyebarkan risalah mengandungi cara untuk mencetuskan ketegangan di pusat-pusat mengundi pada PRU13 nanti.