awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/06/2019
21:40 MYT
Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat kanak-kanak yang baru selesai menjalani pembedahan membuang tumor di dalam mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. - Foto Twitter
Aidilfitri kali ini nyata memberi lebih makna kepada kedua ibu bapa bayi Ainul Mardhiah, iaitu Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Saifuddin Ahmad Razak.‬
‪Bukan sahaja bayi mereka selamat menjalani pembedahan untuk membuang‬ ketumbuhan akibat Germ Cell Tumor di mulutnya, malah Ainul Mardhiah turut menerima tetamu istimewa iaitu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir meluangkan masa melawat bayi berusia sembilan bulan berkenaan di hospital kanak-kanak terkemuka di sini selepas selesai mengadakan sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke London.
Disebalik jadual lawatan rasmi yang padat, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut meluangkan masa melawat seorang kanak-kanak yang telah selesai menjalani pembedahan membuang tumor di dalam mulut di sebuah hospital di London, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. pic.twitter.com/vZsxNpPodX
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) June 17, 2019
BACA: 'Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari'
BACA: 'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina
Semalam, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sempat berjumpa dengan ibu bapa Ainul Mardhiah sewaktu di rumah terbuka Aidilfitri Malaysia di Templewood Gardens.
Ahmad Saifuddin berkongsi kegembiraan melalui sebuah gambar di akaun Facebook beliau yang turut memaparkan isterinya Nurul Erwani, pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan doktor yang terlibat dalam merawat Ainul Mardhiah.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Ainul Mardhiah
#bayi
#Dr Nur Amalina Che Bakri
#Facebook
#Hospital
#Kanak-kanak
#Mahathir Mohamad
#Nur Amalina Che Bakri
#Perdana Menteri
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan