Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan yang beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat esok.

"Perancangan saya adalah untuk bekerja dengan Proton, dan menjadikannya satu kejayaan," beliau memberitahu media sebelum majlis makan malam Asian Banker Annual Leadership Achievement Awards 2014 di sini malam tadi.

Dalam satu laporan media pada Selasa berkata Dr Mahathir bakal dilantik sebagai Pengerusi Proton yang dilihat sebagai satu langkah berani DRB-Hicom Bhd. untuk membawa Proton sejak tahun 2012.

BERITA LANJUT MENYUSUL