CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Beliau berkata, seandainya tidak semua umat Islam memboikot sekali pun dan hanya segelintir berbuat demikian ia juga sudah mampu untuk membuka mata Israel.
"Kalau separuh atau suku daripada mereka (umat Islam) berhenti minum (minuman popular negara Israel dan memboikot semua barangan keluaran negara itu), saya yakin Israel akan faham kekuatan yang ada pada orang Islam.
"Kita perlu tolak (semua barangan buatan Israel) dan mesti berusaha sedaya upaya untuk 'mendera' orang Israel ini kerana kejahatan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Khas Negarawan bersama beliau dan Penaung Aid4Palestine, Tan Sri Abdul Hadi Awang sempena majlis serahan dana Aid4Palestine di sini pada Isnin.
Hadir sama, Pengerusi Aid4Palestine, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, senarai semua produk keluaran Israel sebelum ini telah disebarkan kepada orang ramai terutamanya menerusi platform media sosial.
"Saya bersyukur kerana saya tak minum lagi kopi (dari jenama yang berasal dari Israel), saya pergi ke kedai lain dan rupa-rupanya kopi itu lagi sedap," ujarnya.
Dr Mahathir memberitahu, beliau juga berbangga dan mengalu-alukan usaha Aid4Palestine menggumpul dana untuk disalurkan kepada Palestin kerana ia dapat membantu rakyat negara itu yang menjadi mangsa ketidakadilan dan kezaliman Israel dan sekutu-sekutunya seperti Amerika Syarikat, United Kingdom serta negara Eropah lain.
"Kita bergerak mungkin tidak begitu kuat, tidak dapat hantar tentera untuk lawan dengan Israel tetapi sedikit sebanyak kita boleh tolong rakyat Palestin dengan beri bantuan selain kita boleh boikot barangan Israel," jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 20 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersama Presiden Pas yang juga Penaung Aid4Palestine Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Program Bicara Negarawan dan Majlis Peyerahan Sumbangan Palestin Fasa Pertama di Yayasan Permata Ummah hari ini. - Foto Bernama

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.

Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.

Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.

PRU15: Dr Mahathir akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan
Dr Mahathir mengakui GTA kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan yang ditandingi pada PRU15 kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.

GTA nyata pendirian tarikh bubar Parlimen selepas dipersembahkan kepada Agong
GTA akan menyatakan pendiriannya mengenai cadangan tarikh pembubaran Parlimen selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ratu Elizabeth II contoh raja berperlembagaan yang baik - Dr Mahathir
Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.