awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai TYT Sarawak bagi penggal ketiga

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
01/03/2022
08:20 MYT
Tun Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai TYT Sarawak bagi penggal ketiga
Istiadat mengangkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak bermula jam 3.00 petang yang dimulakan dengan pendaftar istiadat menghadap Yang Dipertua Negeri untuk perkenan memulakan istiadat. - Foto Japen Sarawak
KUCHING: Tun Abdul Taib Mahmud pada Selasa menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi penggal ketiga di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.
Istiadat mengangkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak bermula jam 3.00 petang yang dimulakan dengan pendaftar istiadat menghadap Yang Dipertua Negeri untuk perkenan memulakan istiadat.
Kemudian Premier Sarawak membaca surat pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Abdul Taib kemudian mengangkat sumpah pelantikan jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.
Selepas mengangkat sumpah, Abdul Taib telah menandatangani surat angkat sumpah pelantikan dan surat pengisytiharan disaksikan oleh Premier Sarawak dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Terdahulu beliau telah menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong di Dewan Sri Setia Istana Negara pada Isnin.
Ini merupakan penggal ketiga beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak.
Lantikan pertama adalah pada 1 Mac 2014 hingga 28 Februari 2018, manakala lantikan kedua pada 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2022.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kawalan Hormat Diraja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di pekarangan DUN.
Hadir sama ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.
Dilahirkan pada 21 Mei 1936, anak sulung daripada 10 beradik itu pernah memegang jawatan ketua menteri selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub.
Beliau pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.
Anak jati Sarawak etnik Melanau itu menceburi politik pada tahun 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.
Topic Berkaitan
#tun taib mahmud
#TYT Sarawak ketiga
#Abang Iskandar Abang Hashim
#Premier Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan