AYER KEROH: Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) negeri, Mohd Shahriz Ramli berkata tindakan terhadap kedua-dua individu berusia 40-an itu dilakukan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967/Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Beliau berkata, jumlah itu melibatkan tunggakkan sejak beberapa tahun lalu meskipun jadual pembayaran secara ansuran telah diberikan.
"Kejadian ini berlaku dalam tahun ini yang mana mereka ini disekat kerana gagal menjelaskan tunggakan sehingga disekat daripada keluar negara.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun dibenarkan meneruskan perjalanan ke luar negara selepas melunaskan keseluruhan bayaran tunggakan,"katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Libat Urus LHDN Melaka bersama Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) di Pejabat LDHN negeri di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Tambahnya, selain ahli politik pihaknya turut mengesan beberapa individu berjawatan tinggi termasuk pengarah syarikat yang sengaja melewatkan pembayaran cukai.
“Kita akan kejar mana-mana individu yang enggan membayar cukai termasuklah wakil rakyat dan kita percaya apa yang terjadi sebelum ini adalah kerana ‘ego’.
“Mereka ini merupakan golongan yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat dan kami juga memerlukan golongan ini dalam program-program bersama masyarakat termasuk dalam memberi kesedaran kepada masyarakat,” ujarnya.
Dalam pada itu Mohd Shahriz berkata, LHDN negeri meletakkan sasaran RM2.1 bilion kutipan cukai pada tahun ini selepas berjaya mengutip RM1.91 bilion tahun lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Apr 30 2024
Mohd Shahriz berkata tindakan terhadap kedua-dua individu berusia 40-an itu dilakukan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967/Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. - Gambar/ Astro AWANI
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
LHDN umum penutupan operasi selama dua hari semasa Aidilfitri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis ini.
LHDN sekat perjalanan lebih 180,000 individu akibat tunggakan cukai - MoF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu sejak undang-undang mengenainya dikuatkuasakan sehingga 29 Februari 2024.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.